Kecantikan

Makanan Tambahan Zinc, Buat Kulit Wanita Sihat & Cantik!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Makanan Tambahan Zinc, Buat Kulit Wanita Sihat & Cantik!

Masalah kulit seperti berjerawat, berparut, kulit berkedut, bintik dan garisan pada kulit serta banyak lagi jenis-jenis penyakit kulit yang sering kali dihadapi oleh wanita masa kini. Dengan pelbagai masalah kulit yang kerap muncul, pasti membuatkan keyakinan diri wanita menjadi semakin merundum dan kesihatan diri mula terabai dek kerana dihantui dengan masalah kulit yang tidak henti-henti muncul pada kulit.

IKLAN

Mungkin kita perlu kembali ke perkara asas iaitu dari aspek pemakanan, jika kita kaji dan selidiki semula diet pemakanan diri selama ini. Jika gaya pemakanan yang tidak betul, berminyak, berlemak, makanan yang tidak berkhasiat dan sebagainya masuk ke dalam perut selama bertahun-tahun atau berbulan-bulan lamanya. Maka tidak hairanlah jika kulit kamu mengeluarkan pelbagai jenis masalah kulit, ini kerana semuanya bermula dari dalaman kamu sendiri.

Foto – Nykaa

Ubah gaya pemakanan yang lebih sihat, berkhasiat dan kamu juga harus mempunyai makanan tambahan untuk menyokong kulit kamu untuk memiliki segala zat bekalan yang diperlukan. Antara makanan tambahan yang boleh kamu cuba untuk dapatkan kulit yang cantik berseri tanpa perlu risau dengan masalah kulit adalah makanan tambahan Zinc.

Untuk pengetahuan semua, zinc merupakan mikronutrisi yang amat penting dalam aspek kesihatan diri manusia. Zinc ini merupakan sumber mineral yang banyak di dalam tubuh badan manusia selain iron.

Bolehkah Zinc Bekalkan Kesihatan Kepada Kulit?

Jawapannya adalah ya. Pengasas Real Nutrition NYC, Amy Shapiro menjelaskan bahawa zinc bekerja bersama dengan mineral dan vitamin untuk membantu merawat masalah kulit dan pengambilan makanan tambahan ini sekaligus dapat mengurangkan masalah kulit berjerawat dan tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, bintik dan sebagainya.

Foto – One Two Cosmetics

Menurut pakar dermatologi Herrmann, juga turut bersetuju dengan penggunaan zinc dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit. Makanan tambahan zinc ini boleh di ambil secara dalaman atau luaran.

Penggunaan zinc secara oral boleh membantu menyembuhkan luka, mengurangkan keradangan dan meningkatkan keadaan masalah kulit seperti jerawat. Zinc bertindak sebagai penyebab enzim, ia membantu sintesis kolagen dan membaiki DNA di mana ia membantu kulit untuk kelihatan muda dan semakin sihat.

Kebaikan Makanan Tambahan Zinc Pada Kulit

Foto – Walk-In-To-Wellness

Terus terang, biasanya apabila kita mengalami masalah kulit perkara utama yang terlintas di fikiran adalah guna ubat jerawat dengan segera pada kulit betul tak? Atau jika muncul garis-garis halus, bintik-bintik, bekas parut, dan sebagainya ‘tiba’ di kulit, apa yang kita biasa lakukan adalah segera mencari ‘ubat’ bagi menangani masalah tersebut. Dan kita juga tidak terfikir untuk menggunakan zinc sebagai ‘ubat’ kerana ramai yang tidak tahu akan manfaat pengambilan zinc ke atas kulit dan kesihatan diri.

Nah berikut wanista tampil beberapa manfaat pengambilan zinc sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas penyakit kulit!

IKLAN

#1 Bertindak Seperti Antioksidan

Foto – Chris Kresser

Secara teknikalnya zinc tidak membekalkan antioksidan seperti vitamin C dan E, tetapi ia merupakan kunci penting dalam menjaga kulit sebagai pelindung. Kandungan mineral yang di salurkan oleh zinc mengurangkan kerosakan yang di lakukan oleh radikal bebas dan melindungi kulit daripada lemak dan fibroblasts (sel yang menghasilkan kolagen). Tambahan lagi, zinc juga menyokong bentuk struktur kulit daripada terdedah dari sinaran UV, pencemaran dan masalah penuaan.

#2 Meremajakan & Menyembuhkan Kulit

Foto – Beauty Health Tips

Jika kamu sering mengalami luka pada kulit, zinc lah penyelamat dan penyembuh kamu, ini kerana zinc akan menyalurkan sumber mineral di kawasan sekeliling luka untuk meningkatkan enzim dan protein bagi melindungi dari terkena jangkitan, mengawal keradangan dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru pada kulit yang luka tersebut.

#3 Kawal Kemunculan Jerawat

Foto – Hello Magazine

Jerawat yang muncul pada kulit di sebabkan minyak yang terkumpul, bakteria dan sel kulit yang menutup liang pori. Lalu menyebabkan kulit di sekitar pori bertukar menjadi merah dan bengkak. Dengan mengambil zinc sebagai makanan tambahan, ia akan meningkatkan fungsi imun tubuh dan mampu membantu mengawal reaksi keradangan. Tambahan lagi, zinc akan menghasilkan sel kulit yang baru yang dapat membantu mengurangkan jumlah minyak semula jadi yang di hasilkan oleh kulit.

#4 Melindungi Kulit Dari Sinaran UV

Foto – Fantasy Travel

Percaya atau tidak, zinc juga mampu bertindak seperti sunscreen untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya UV yang berbahaya kepada kulit. Zinc Oxide yang merupakan sebahagian kompaun zinc bertindak sebagai penghadang fizikal yang memberhentikan sinaran UV dari menembusi kulit kamu. Dengan perisai berkaliber seperti ini, kamu tidak perlu risau dengan sinaran UV dan masalah kulit juga dapat diatasi dengan baik.

Sukatan Dos Mengikut Keperluan

Foto – mindd.org

Pengambilan zinc bagi lelaki dan wanita adalah berbeza, jika kamu ingin mengambil makanan tambahan zinc di dalam menu diet harian. Bagi lelaki sukatan dos yang di perlukan adalah sebanyak 11mg sehari. Manakala bagi wanita pula, sukatan dos adalah sebanyak 8mg.

Foto – Times of India

Selain mengambil makanan tambahan zinc, kamu juga boleh mengambil sumber pemakanan lain yang membekalkan sumber mineral zinc seperti tiram, ketam dan udang karang. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, kamu harus mengikuti diet pemakanan yang seimbang seperti ayam, daging, sayur kacang chickpea, sayur-sayuran dan bijiran untuk memberi nutrisi yang cukup kepada kulit.

Awas, Jangan Ambil Berlebihan!

Foto – decroo.belgium.be

Pengambilan zinc sebagai makanan tambahan adalah bagus untuk tubuh badan bagi menghasilkan sel kulit yang baru dan sihat. Tetapi pengambilannya haruslah dalam dos yang telah di sukatkan mengikut keperluan sahaja dan tidak berlebihan. Jika kamu mengambil zinc secara berlebihan ia akan menyebabkan kamu berasa loya, muntah, perut jadi kejang dan sakit kepala.

Malah jika mengambil zinc berlebihan akan menyebabkan tindakbalas imun menjadi lemah dan tahap copper dalam badan rendah. Pengambilan zinc tidak harus melebihi 40mg sehari dan kamu juga harus berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat tentang sukatan zinc yang diperlukan bagi tubuh kamu.

Jadi lepas ini, jika berlaku masalah kulit terus cari makanan tambahan zinc dan ikuti sukatan pengambilan dos yang betul untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik berseri!

 

Rujukan: 1, 2, 3