Sekarang rata-rata jenama fesyen tampil kelainan dengan menggaji individu tidak sempurna – yang bersaiz besar, anoreksia, trengenders dan pelbagai lagi.
Baru-baru ini, nama Calvin Klein pula naik di laman Twitter dan menjadi perbualan netizen. Hal ini selepas Calvin Klein menggunakan rapper Chika dalam kempen mempromosikan pakaian dalam. Dek kerana miliki badan bersaiz besar ‘obesiti’, kempen rapper Chika yang terpampang pada billboard Calvin Klein mendapat kecaman teruk netizen.
Ada yang memuji jenama itu kerana kelainan dan melanggar standard kecantikan tradisional – yang hanya menggunakan supermodel yang bersaiz normal dengan rupa paras cantik. Tapi tidak juga yang kencang mengkritik Calvin Klein yang seakan-akan mempromosi gaya hidup tidak sihat kerana kebimbangan kesihatan yang berkaitan dengan obesiti, ini merujuk kepada fizikal rapper Chika.
Sesetengah pengguna Twitter menganggap iklan lebih berbahaya daripada yang baik.
Tidak berdiam diri, rapper Chika tampil membuka mata ramai untuk menerima perubahan yang sedang berlaku dalam dunia fesyen sekarang. Chika menambah dia individu yang sihat dan langsung tidak mempunyai masalah kesihatan seperti yang dicanangkan.
Ala ini semua marketing, Calvin Klein sengaja guna model sebegini supaya orang ramai bercakap mengenai produk mereka seterusnya membelinya. Dah lapuk…