Info Menarik

5 Manfaat Mewah Jadi Ahli Club MARRIOTT Malaysia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
5 Manfaat Mewah Jadi Ahli Club MARRIOTT Malaysia

Pernah tak kamu bayangkan bagaimana rasanya menjadi ahli kelab dengan pelbagai manfaat dan faedah yang boleh kamu dapat dengan menjadi ahli kelab. Syarikat rangkaian hotel mewah terkenal dunia iaitu Marriott International baru sahaja melancarkan ‘Club Marriott’ di Malaysia sebagai salah satu peneraju dalam program makanan.

IKLAN

Menerusi pelancaran Club Marriott yang terbaru di Malaysia ini, dengan pelbagai tawaran dan faedah yang menarik menanti ahli kelab Marriott Malaysia. Segala manfaat yang di tawarkan memberi peluang kepada ahli untuk makan malam di seluruh 18 jenama di dalam 17 negara di seluruh dunia menerusi program ‘Hotel Dining Loyalty’.

Foto – dari kiri Cindy Yoong Pengarah Kawasan Pemasaran Asia tenggara, Petr Raba Naib Presiden Makanan & Minuman Marriott International Asia Pasifik, Lucy Wilson Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Asia Pasifik dan Nicolas Kassab Pengarah Kawasan Operasi Malaysia, Singapura dan Maldives.

Program ini memberikan manfaat dan faedah kepada rakyat Malaysia dengan memfokuskan destinasi kegemaran di mana orang lokal gemar untuk berlibur, makan dan minum bersama-sama ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Pelancaran Club Marriott yang di lancarkan di Marriot International ini pastinya mampu dapat menarik ahli baru untuk menyertai keahlian Club Marriott di Malaysia. Tambahan lagi, keistimewaan serta perkhidmatan yang diberikan kepada ahli kelab sangat mewah dan cukup berbaloi!

5 Manfaat Jadi Ahli Kelab Marriott Malaysia

#1 Faedah Makan Dan Minuman

Pelbagai diskaun hebat untuk makanan dan minum khas buat ahli Club Marriott ini. Pastinya rasa makanan di hotel bertaraf antarabangsa ini akan membuatkan diri terliur dengan kelazatan hidangan yang di sajikan di Club Marriott, pastinya harga makanan mampu membuatkan diri tersedak bukan.

Foto – ohsem

Tetapi kini hidangan yang lazat ini dapat dinikmati dengan rasa senang hati apabila menjadi ahli kelab, kerana tawaran diskaun untuk makanan dan minuman yang diberikan cukup berbaloi dan berfaedah! Jadi bagi pencinta makanan sejati, keahlian ini merupakan kunci untuk kamu meneroka pelbagai hidangan dan menu yang di tawarankan di Club Marriott dengan diskaun yang gempak dan berpatutan!

  • Diskaun sebanyak 35% untuk makanan dan minuman* apabila makan di semua hotel yang terlibat di Malaysia.
  • Diskaun sebanyak 30% untuk makanan dan minuman* untuk mana-mana restauran istimewa di dalam mana-mana hotel yang terlibat di Malaysia, untuk sehingga 10 orang.
  • Diskaun sebanyak 20% untuk makanan dan minuman dalam mana-mana hotel yang terlibat dan resort luar dari Malaysia.
  • Tertakluk pada terma dan syarat (*).

#2 Faedah Penginapan

Foto – Park Sleep Fly

Dengan menjadi ahli Club Marriott, kamu tidak perlu risau untuk mencari bilik penginapan dengan harga yang murah kerana apabila ahli kelab membuat tempahan untuk menginap, secara tidak langsung kamu akan mendapat diskaun dengan harga yang terbaik!

  • Diskaun sehingga 20% dengan Best Available Rates bagi ke semua hotel yang terlibat di Asia Pasifik, tertakluk kepada kekosongan.

#3 Kemudahan Rawatan SPA

Foto – prestigia.com

Setelah penat berjalan sehari suntuk, tibalah masa untuk merawat fizikal dan mental kamu di spa dengan pelbagai kemudahan menarik yang di tawarkan apabila kamu menginap di hotel.

  • Diskaun sehingga 20% untuk rawatan spa bagi mana-mana spa yang terlibat di dalam Malaysia. Kemudahan bilik selamat datang untuk setiap penginapan adalah percuma.

#4 Pelbagai Hotel Mewah Untuk Dikunjungi

Foto – Marriott International

Apabila menjadi ahli kelab, pastinya diri kamu akan mencari hotel atau resort mana lagi yang boleh dikunjungi untuk menikmati manfaat hebat dengan layanan terbaik bukan. Di Club Marriott, mereka menawarkan 14 hotel dan resort untuk ahli kelab kunjungi dan dapatkan perkhidmatan dari tempat penginapan mewah ini.

IKLAN
  1. Aloft Kuala Lumpur Sentral
  2. Aloft Langkawai Pantai Tengah
  3. Element Kuala Lumpur
  4. Four Points by Sheraton Puchong
  5. Le Méridien Kota Kinabalu
  6. Le Méridien Kuala Lumpur
  7. Le Méridien Putrajaya
  8. Miri Marriott Resort & Spa
  9. Putrajaya Marriott Hotel
  10. Renaissance Kuala Lumpur Hotel
  11. Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
  12. The Westin Desaru Coast Resort
  13. The Westin Kuala Lumpur
  14. The Westin Langkawi Resort & Spa

#5 Harga Keahlian Yang Berbaloi Untuk Pengalaman Yang Menakjubkan

Dengan lebih daripada 200,000 ahli telah menyertai Club Marriott dan dari hari ke sehari ia semakin berkembang dengan menerusi program Hotel Dining Loyalty yang memberikan fokus pada makanan dan minuman serta tempat penginapan yang strategik.

Foto – cardexpert.in

Dengan harga keahlian sebanyak RM788.00 ahli kelab bakal menerima pelbagai manfaat serta tawaran hebat dalam satu program seperti makanan, rawatan spa dan dapat menikmati perkhidmatan dari lebih 330 hotel yang terlibat di seluruh kawasan Asia Pasifik.

Bukan itu saja, ahli yang baru menyertai keahlian akan menerima tawaran penginapan satu malam, buffet untuk dua orang dan banyak lagi.

Dengan harga keahlian yang berbaloi dengan pelbagai tawaran serta pengalaman keahlian yang gempak, tidak hairanlah begitu ramai orang menjadi ahli kelab Marriott dari seluruh negara!

Dengan menjadi ahli Club Marriott, pelbagai perkhidmatan dan tawaran mewah di sediakan untuk ahli kelab. Segala kemudahan yang di sediakan pasti akan membuatkan kamu berasa puas hati. 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi ahli Club Marriott dan nikmati pelbagai keistimewaan yang hanya ahli kelab sahaja dapat nikmati. Untuk mengetahui lebih lanjut apa lagi tawaran, promosi atau keistimewaan apabila menjadi ahli kelab, kamu boleh layari di laman web Club Marriott hari ini!