Kecantikan

Kalahkan Beyonce, Bella Hadid Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Di Dunia

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kalahkan Beyonce, Bella Hadid Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Di Dunia

Supermodel dan adik kepada Gigi Hadid, Bella dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.

IKLAN

Laporan kajian menunjukkan wajah gadis tinggi lampai ini mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio menjadikannya paling dekat dengan ‘idea kesempurnaan Greek purba’. Manakala, Beyoncé mendapat tempat kedua diikuti Amber Heard dan Ariana Grande.

Foto – Business Insider

Kajian dijalankan pakar bedah plastik Dr Julian De Silva itu membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka. De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.

Foto – Dailymail

Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menghasilkan karya mereka.

Top 10 Wanita Tercantik Di Dunia Menurut Greek Golden Ratio of Beauty Phi

1: Bella Hadid – 94.35%

2: Beyoncé – 92.44%

3: Amber Heard – 91.85%

4: Ariana Grande – 91.81%

5: Taylor Swift – 91.64%

IKLAN

6: Kate Moss – 91.05%

7: Scarlett Johansson – 90.91%

8: Natalie Portman – 90.51%

9: Katy Perry – 90.08%

10: Cara Delevingne – 89.99%

Pelik Kendall Jenner tak tersenarai? Kim Kardashians?

RUJUKAN : 12