Pakaian dalam wanita atau bra merupakan pakaian dalaman keperluan harian wanita, menerusi keperluan ini pelbagai penghasil atau pengeluar pakaian menghasilkan pelbagai jenis bra mengikut kegunaan seperti bra sukan, lembut, berwayar atau tidak berwayar dan banyak lagi untuk memberi sokongan pada payudara.
Bagi wanita bra yang terbaik adalah, bra yang selesa untuk di pakai dan menyokong payudara tanpa sebarang isu. Dan kini Marks & Spencer menawarkan bra yang fit mengikut bentuk dan saiz payudara.
Rekaan bra yang di keluarkan oleh Marks & Spencer ini memfokuskan setiap aspek keperluan untuk menyokong payudara wanita dengan menampilkan stail bra tanpa wayar.
Sempena kempen Perfect Fit yang dianjurkan oleh Marks &Spencer ini, kempen ini menggalakan para wanita untuk menyayangi payudara diri. Justeru itu, menerusi kempen ini, Marks &Spencer memperkenalkan semula empat rangkaian rekaan bra yang popular iaitu Sumptuously Soft, Body™, Cool Comfort dan Sport bra.
Rekaan pakaian dalaman yang selesa ini membuatkan ramai wanita memakai pakaian dalaman dari jenama terkenal ini. Malah Marks & Spencer juga telah berkolaborasi bersama influencer terkenal daripada Malaysia, Singapura dan Hong Kong, masing-masing memberi pandangan mereka terhadap bra yang di hasilkan oleh Marks & Spencer ini.
“Bra yang memeluk dan membentuk tubuh secara baik dan memberi keselesaan sepanjang hari adalah amat penting buat saya. Sebut itu saya memilih jenama Marks & Spencer untuk pakaian dalam” – Jelas Yasmin Hani yang merupakan pelakon dan pengacara Malaysia.
“Bra yang fit di Marks & Spencer merupakan bra dengan potongan yang tidak merumitkan dan jenis bra yang fit sebegini sesuai bagi diri saya” – Jelas May Wan yang merupakan emcee dan pengacara televisyen Singapura.
“Apa yang membuatkan saya suka dengan pakaian dalam Marks & Spencer ini adalah kerana konsep mereka yang eksklusif dan berstail. Saya setuju bahawa setiap wanita boleh bergaya dan mencari bra yang sesuai di Marks & Spencer” – Jelas Zoe Chan yang merupakan kolumnis gaya dan fesyen untuk Cosmopolitan dan juga Marie Claire Hong Kong.
Empat rekaan bra yang popular ini akan memberikan pengalaman bra yang selesa dan memeluk dengan selesa di tubuh mengikut bentuk payudara wanita.
Sumptuously Soft – Menawarkan keselesaan yang sangat lembut dan gebu mengikut bentuk semula jadi tubuh badan.
Body™ – Memberikan sentuhan moden dengan kain fabrik yang lembut, anjal dan ringan.
Cool Comfort™ – Menggunakan BCI iaitu Better Cotton Initiative dengan bertemankan renda yang cantik dan elegan.
Sport – Bra sukan yang memberi sokongan padu buat payudara ketika anda sedang melakukan aktiviti senaman mahupun sukan. Ia di datangi dengan variasi bra Extra-High Impact dan Medium Impact.
Bersempena kempen Perfect Fit yang dijalankan pada 8 Oktober 2019 sehingga 3 November 2019 ini, Pelanggan dapat membuat tempahan temu janji bra fit secara percuma secara dalam talian di [SINI] sertai kempen Perfect Fit ini untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik lagi.
Kempen Perfect Fit Marks & Spencer
#1 Lengkapkan Kuiz
- Layari laman web MARKS & SPENCER dan selesaikan kuiz personaliti untuk mencari Perfect Fit diri anda.
- Terima hadiah e-kupon untuk pembelian bra seterusnya di stor dengan RM30 diskaun apabila berbelanja sebanyak RM180 secara minimum untuk bra dengan harga normal dalam satu resit. Selain itu, pelanggan akan menerima beg tote eksklusif secara percuma dengan minimum berbelanja sebanyak RM180 untuk bra yang berharga normal dalam satu resit.
Kuiz tertakluk pada terma dan syarat, untuk mengetahui lebih lanjut pelanggan boleh menyemak di stor Marks & Spencer. Dan kuiz ini berlangsung sehingga 3 November 2019 sahaja.
#2 Kad Rekod Perfect Fit
- Terima kad rekod pakaian dalam Marks & Spencer dengan maklumat fitting diri secara terperinci menerusi penasihat pakaian dalam Marks & Spencer dan nikmati 15% diskaun apabila pelanggan menunjukan kad rekod semasa pembelian. Tempah temu janji bra fitting [SINI].
Diskaun ini hanya sah untuk pembelian dua bra dan ke atas. Terma dan syarat lain boleh rujuk di stor Marks & Spencer. Untuk makluman pelanggan temu janji bra fitting hanya sehingga 3 November 2019 ini.
#3 Promosi Lain
- Beli empat knickers dan bayar dengan harga tiga knickers sahaja
- Pilih jaket beli satu dan belian yang kedua dapat potongan diskaun 50% (sehingga stok masih ada dan barangan tidak boleh di campur bersama barangan promosi lain)
Jadi apa tunggu lagi, tempah temu janji bersama Marks & Spencer untuk mengetahui bra yang sesuai untuk diri anda dan dapatkan tawaran yang berbaloi di stor Marks & Spencer sekarang!