Fesyen

Kate Middleton Manis Berselendang Hijau Lawat Masjid Di Pakistan (4 Gambar)

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kate Middleton Manis Berselendang Hijau Lawat Masjid Di Pakistan (4 Gambar)

Seperti yang kita semua ketahui, pasangan Kate Middleton dan Putera William sekarang berada di Pakistan atas kunjungan kerajaan.

IKLAN

Sepanjang lawatan ke sana, penampilan Duchess of Cambridge mencuri tumpuan ramai – beliau selesa mengenakan persalinan tradisional masyarakat Pakistan iaitu shalwar khameez. Daripada ombre kebiruan moden, biru laut, hijau zamrud, bahkan krim, semuanya menunjukkan kecantikan semulajadi Kate yang bikin ramai mengaguminya.

Foto – Getty

Baca : Kunjungi Pakistan, Kate Middleton Sopan Dalam Pakaian Tradisional “Shalwar Kameez”

Terbaru ketika menjalankan lawatan diraja ke Masjid Badshahi di Lahore, Kate tampil dalam ensemble shalwar kameez rona turqoise yang cukup manis. Tidak hanya itu, Kate juga menutup rambutnya dengan selendang dari rona yang sama rekaan pereka Pakistan, Maheen Khan.

Foto – Getty

Rata-rata netizen memuji penampilan Kate yang menghormati tradisi masyarakat Pakistan di samping teruja dengan pilihan outfit untuk acara seterusnya.

Foto – Getty

Yang pasti Kate tidak pernah gagal dalam memilih outfits, kesemua terletak elok di tubuh Kate yang kurus dan ramping itu.