OMG teruja tak kalau penulis nak beritahu yang sekarang kamu boleh menginap di rumah Barbie?
Oktober ini, Barbie akan menyerahkan kunci kepada Malibu Dreamhouse untuk tempahan peminat melalui Airbnb. Terletak di tengah-tengah Malibu dan menghadap ke Lautan Pasifik, saiz rumah Dreamhouse yang hebat akan tersedia untuk tempahan pada 23 Oktober untuk seorang tetamu dan tiga rakan untuk penginapan dua malam. Tempahan ini hanya akan berlangsung sekali sahaja dari Ahad, 27 Oktober hingga Selasa, 29 Oktober.
Yang Best Di Malibu Dreamhouse
Dengan pemandangan laut yang panoramik dan hiasan glamor adalah rumah rekreasi dan hiburan yang menggambarkan personaliti dan gaya Barbie. Dari bilik hobi dan pawagam peribadi, ke kolam infiniti dan zon meditasi luar, setiap sudut rumah mencerminkan kehidupan Barbie yang menjadi contoh kepada wanita muda di mana-mana.
Rumah Barbie mempunyai banyak ruang untuk berehat dan bermain dan dapat menampung sehingga empat tetamu. Barbie teruja untuk berkongsi keselesaan rumahnya dan mengalu-alukan rakan-rakan baru ke kawasan kejiranannya yang menawan.
Gambar Kediaman Barbie Berwarna Merah Jambu
Ruang Tamu
Beranda
Bilik Tidur Utama
Dapur
Meja Makan
Kolam Renang
Wardrobe
Bilik Mandi
Bilik Hiburan
Untuk meraikan tawaran unik ini, Airbnb akan membuat sumbangan kepada inisiatif Projek Barbie Dream Gap GoFundMe, yang bertujuan memberi wanita muda platform unutk mengikuti cita-cita mereka.
Penginapan dua malam hanya berjumlah USD60 satu malam (ditambah cukai dan bayaran) untuk memperingati ulang tahun ke-60 jenama Barbie. Untuk maklumat lanjut mengenai cara menempah Barbie’s Dreamhouse, layari www.airbnb.com/barbie.