Siapa yang tidak gemar untuk bersolek dan bertatarias, tanya saja kepada wanita di sekeliling kamu pasti jawapan mereka serupa “Sudah tentu saya suka bertatarias dan berdandan untuk kelihatan cantik!”. Rata-rata ramai wanita gemar bertatarias mengikut keperluan semasa seperti menghadiri majlis, pergi ke pejabat, program-program kenamaan mahupun ketika keluar berlibur.
Untuk kelihatan cantik pastinya terdapat tip-tip dandanan dan tatarias yang bersesuai untuk wanita mengikut kategori seperti gaya solekan dan bertatarias yang betul untuk wanita bertudung, wanita tidak bertudung, berkacamata, wanita berumur, remaja dan sebagainya.
Nah, slot penulisan kali ini Wanista bawakan tip solekan dan tatarias yang sesuai untuk wanita berkacamata seperti kamu! Ramai wanita masa kini yang memakai kacamata dek kerana faktor-faktor seperti daya penglihatan kurang jelas, fesyen, mengikuti trend semasa, hobi dan sebagainya.
Justeru itu, Wanista tampilkan beberapa tip solekan dan tatarias yang sesuai untuk wanita berkacamata agar diri kamu kelihatan cantik, cool, berkarisma dan bergaya meskipun berkacamata!
Tip Solekan & Tatarias Untuk Wanita Berkacamata!
#1 Guna Concealer Di Lingkaran Luar Mata
Apabila memakai kacamata ia akan memancarkan bayangan di sekitar mata oleh itu, dengan menggunakan concealer di sudut-sudut garisan mata ia akan menutup bayangan dari kacamata yang di pakai. Selain itu, kamu juga perlu mengaplikasikan bedak tabur atau bedak compact untuk menyamarkan atau menutup concealer yang digunakan pada sekitar garisan bawah mata.
#2 Foundation Dan Bedak Menutup Lingkaran Gelap Bawah Mata
Lingkaran gelap yang merupakan musuh utama wanita berkacamata dek kerana mata menjadi letih boleh di tutupi dengan menggunakan foundation dan bedak tabur setelah menggunakan concealer. Sapu foudation secara rata di seluruh muka dan selepas itu gunakan bedak sebagai sentuhan akhir.
#3 Bentuk Alis Mata Yang Sesuai Dan Betul
Penting bagi wanita yang memakai kacamata, membentuk alis mata mereka dengan betul dan bersesuaian agar apabila memakai kacamata, muka kamu tidak kelihatan pelik!
#4 Lebatkan Bulu Mata Dengan Maskara Bervolume
Satu lagi perkara penting buat wanita berkacamata jika ingin memakai maskara, tip yang betul adalah pilih maskara yang dapat melebatkan bulu mata. JANGAN guna maskara yang jenis untuk memanjangkan bulu mata kerana ia akan menyebabkan kamu tidak selesa apabila memakai kacamata nanti!
#5 Guna Eyeliner Warna Cerah
Untuk solekan di bahagian eyeliner, kamu harus menggunakan warna-warna yang cerah untuk membuatkan mata kelihatan besar. Jika kamu gemar dan selesa menggunakan eyeliner berwarna hitam, gunakannya untuk melukis garisan bahagian atas mata. Manakala di bahagian bawah mata, gunakan eyeliner warna-warna cerah untuk membuatkan mata kelihatan besar dan berseri.
#6 Pilih Eye Shadow Neutral
Apabila memakai kacamata, perlu di ingatkan agar kamu tidak memakai terlalu tebal eye shadow, sebaik-baiknya pilih eye shadow dengan warna-warna neutral agar mata kamu tidak kelihatan tenggelam.
#7 Gunakan Highlighter Pada Tulang Pipi
Selain solekan di bahagaian mata yang perlu di titik beratkan bagi wanita berkacamata, solekan di bahagian tulang pipi juga perlu di beri perhatian. Aplikasikan highlighter di sepanjang tulang pipi untuk menonjolkan bentuk muka kamu!
#8 Gincu Bibir Warna Terang Senjata Utama Berkacamata
Untuk bergaya sambil menggunakan kacamata sebenarnya tidak sukar, pemilihan solekan yang betul di sokong pula dengan pemakaian warna gincu bibir yang terang dan sesuai dengan solekan akan membuatkan wajah wanita berkacamata menjadi sangat cantik! Tak percaya, cuba tip ini.
#9 Beauty Balm Hilangkan Kesan Kacamata Di Hidung
Wanita berkacamata pastinya mempunyai masalah yang sama apabila memakai kacamata iaitu kesan merah di jambatan hidung. Kesan merah yang menjengkelkan ini akan membuatkan solekan di hidung menjadi buruk. Untuk menangani masalah ini, kamu harus menggunakan beauty balm dan sapukan pada kesan merah di hidung. Dengan memakai beauty balm, ia akan membuatkan hidung kamu tampak terserlah meskipun memakai kacamata!
#10 Eyelash Curler Hindari Bulu Mata Dari Menyentuh Cermin Mata
Jika kamu memiliki bulu mata yang panjang secara semula jadi dan dalam masa yang sama memakai kacamata, pastinya kamu sering sering menghadapi masalah bulu mata menyentuh cermin mata kamu bukan. Apa yang boleh kamu lakukan pada bulu mata kamu adalah dengan menggunakan eyelash curler untuk menghindari bulu mata dari menyentuh cermin mata kamu.
#11 Kekalkan Kedudukan Kacamata Di Jambatan Hidung Dengan Nerdwax
Wanita berkacamata sering menghadapi masalah ini, iaitu kedudukan kacamata sering beralih di jambatan hidung. Acap kali membetulkan kedudukan kacamata sehingga lenguh tangan di buatnya. Untuk kekalkan posisi kacamata di jambatan hidung kamu, gunakan Nerdwax yang sememangnya digunakan untuk orang berkacamata. Nerdwax ini akan membuatkan kacamata duduk terletak di jambatan hidung tanpa beralih posisi.
Di harap tip-tip yang di kongsikan dapat memberi manfaat buat wanita berkacamata seperti kamu!