Hiburan

Jennifer Aniston Buka Akaun Instagram, Terima 6 Juta Follower Dalam Sehari

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Jennifer Aniston Buka Akaun Instagram, Terima 6 Juta Follower Dalam Sehari

Siapa sangka sudah 25 tahun sejak sitcom paling popular di dunia “Friends’ pertama kali disiarkan.

IKLAN

Sejak episod pertama, siri ini telah menarik perhatian dan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Bahkan sekarang Netflix mendapat hak tontonan, Friends terusan trending dan mendapat jumlah tontonan tertinggi.

Foto – Twitter

Sampaikan peminat obses untuk melihat reunion keenam pelakon ini bersama, tetapi kemungkinan ia tidak akan pernah berlaku.

Meraikan ulang tahun, aktres Jennifer Aniston menyertai Instagram dan memutuskan untuk berkongsi gambar ahli Friends – Lisa Kudrow, Courtney Cox, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer. Ternyata debut Jennifer begitu besar sehingga Instagram mengalami kekacauan seketika.

Bayangkan, dalam masa kurang dari 24  jam, gambar pertamanya mendapat lebih daripada 8 juta tanda suka dan menerima lebih daripada 6.4 juga pengikut. Bukan itu sahaja, Jennifer memecah rekod yang dipegang oleh Meghan Markle dan Putera Harry dengan mengumpul 1 juta pengikut hanya dalam tempoh 5 jam sahaja.

IKLAN
Foto – Instagram

Ini antara reaksi di Instagram selepas aktres 50 tahun ini membuka akaun.

View this post on Instagram

The One Where Jen Breaks Instagram. #CommentsByCelebs

A post shared by Comments By Celebs (@commentsbycelebs) on

Mungkinkah selepas ini kita peminat dapat melihat momen Jennifer Aniston bersama ahli Friends yang lain, memandangkan reunion tidak akan berlaku.

Foto – Instagram
Foto – Instagram
Foto – Instagram

Hebat betul penangan Jennifer Aniston… Kalah Kim Kardashian!