Kesihatan

Pendakap Gigi Lutsinar “Aligner”? Ini Anda Kena Tahu Sebelum Guna

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Pendakap Gigi Lutsinar “Aligner”? Ini Anda Kena Tahu Sebelum Guna

First impression terhadap seseorang, tentu sekali senyumannya.

IKLAN

Senyuman yang menawan tidak lengkap tanpa gigi yang cantik, bersih dan teratur. Sayangnya tidak semua orang memiliki gigi sempurna. Percayalah senyuman manis dengan barisan gigi sempurna adalah kunci keyakinan seseorang.

Bila gigi tidak sempurna, maka sudah tentu anda terfikir untuk melakukan rawatan pergigian. Penggunaan pendakap gigi besi adalah kaedah konvensional untuk merawat kecacatan pada gigi apabila wayar dan braket logam akan diikat ketat untuk menolak gigi kembali ke dalam jajaran betul dan jurang antara gigi juga dikurangkan menggunakan kaedah sama.

Pendakap Gigi Lutsinar

Masalahnya anda malu nak memakai pendakap gigi jenis besi. Jangan risau, seiring dengan perkembangan teknologi dalam rawatan ortodontik, syarikat teknologi pergigian, Clearpath Orthodontics, memperkenalkan inovasi baru dalam penyelesaian masalah gigi tidak teratur.

Foto – Clear Aligner

Pendakap gigi ini tidak menggunakan wayar dan braket logam, sebaliknya plastik lutsinar, Essix, diperbuat daripada bahan bermutu tinggi serta direka khas mengikut acuan bentuk gigi pemakainya. Lebih unik, pendakap gigi lutsinar yang dikenali sebagai aligner dicipta menggunakan teknologi Rekaan Berbantukan Komputer (CAD) dan Pembuatan Berbantukan Komputer (CAM).

Menurut Perunding Ortodontik ClearPath dan Pakar Produk, Dr Syed Imran Ali, ClearPath menawarkan teknik melurus kedudukan gigi secara mudah, bersih dan tidak menyakitkan kerana tidak membabitkan penggunaan dawai dan braket logam, seramik, getah elastik atau sebarang bahan yang dilekatkan secara kekal dalam tempoh tertentu pada gigi.

Kelebihan Pendakap Gigi Lutsinar

  • Selain lutsinar, aligner berteknologi tinggi ini juga sangat selesa dipakai kerana tidak mengganggu gusi dan pipi serta mudah ditanggalkan untuk dicuci.
  • Tiada halangan dalam pengambilan sebarang bentuk makanan ketika memakainya.
  • Paling ketara ia hampir tidak kelihatan memberikan pemakai keyakinan tanpa bimbang dikesan oleh orang lain.
  • Pesakit boleh melihat keputusan melalui simulasi komputer sebelum rawatan dimulakan.
  • Pendakap lutsinar terbukti memberi keputusan yang lebih cepat berbanding pendakap besi.
  • Lebih bersih berbanding pendakap besi yang menggunakan wayar atau braket.
  • Pendakap lutsinar boleh digunakan sebagai retainer gigi selepas rawatan ortodontik.
Foto – Health

Prosedur Rawatan Lebih Mudah Dan Cepat

Pemakai aligner tidak perlu menemui doktor gigi, sebaliknya merakam sendiri gambar dalaman dan luaran gigi daripada pelbagai sudut sebelum menghantarnya kepada pakar menerusi kiriman e-mel atau telefon pintar.

Pakar akan memberi maklum balas dalam tempoh 24 hingga 48 jam dan melakukan langkah seterusnya membabitkan prognosis gigi, pelan rawatan, tawaran pakej yang bersesuaian, anggaran bilangan aligner diperlukan dan tempoh pemakaian.

Pesakit tidak perlu menemui doktor gigi untuk menukar aligner kerana bilangan pendakap diberikan sekali gus kepada mereka mengikut tempoh rawatan antara enam hingga 18 bulan bergantung tahap kecacatan gigi. Pesakit akan menukar sendiri aligner setiap dua minggu sekali dengan tempoh pemakaian selama 20 hingga 22 jam sehari.

IKLAN

Memandangkan aligner direka khas secara berkomputer, pergerakan gigi akan mengikut aligner berkenaan yang dianggarkan bergerak antara 0.1 hingga 0.2 milimeter.

Siapa Boleh Pakai Pendakap Gigi Lutsinar

Memandangkan aligner adalah custom-built, jadi individu yang layak adalah orang dewasa atau remaja. Merapikan gigi si kecil agak mustahil dengan rawatan ini, kerana mereka masih lagi berkembang dan membesar, jadi doktor perlu memikirkan perkara ini apabila menyediakan rawatan.

Foto – Smile Direct Club

Ada beranggapan pendakap gigi lutsinar lebih mahal berbanding pendakap gigi berdawai, walhal ia tidak sebegitu dan hanyalah tanggapan semata. Untuk makluman, setiap gigi manusia berbeza, jadi nasihat dan jangka masa yang bakal digunakan juga berbeza. Ada yang pakai setakat 6 bulan, ada yang setahun, semuanya bergantung pada keadaan gigi.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1234