Kecantikan

Cara Betul Pilih Krim Pelindung Matahari SPF Ikut Jenis Kulit

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Cara Betul Pilih Krim Pelindung Matahari SPF Ikut Jenis Kulit

Melangkah keluar rumah jangan lupa krim pelindung matahari!

IKLAN

Kita tahu betapa pentingnya memilih Sun Protection Factor (SPF) untuk kulit. Tetapi adakah anda tahu ia bukan hanya pelbagai SPF dengan nombor siri – 4, 15, 30, 40 dan 50 seperti yang tertulis di krim pelindung matahari dan pelembap – tetapi juga bentuk SPF yang penting apabila anda membelinya. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kulit berminyak, lebih baik memilih krim berasaskan serbuk atau gel. Jika kulit kering pula, gunakan krim yang bersifat creamier untuk kesan melembap.

Foto – Organics

Jenis Kulit Dan Krim Pelindung Yang Sesuai

Kulit berminyak – Kulit berminyak adalah salah satu jenis kulit paling bermasalah. Lagi-lagi di kawasan hidung, dahi, dan pipi. Untuk itu, gel atau formula SPF berasaskan aqua berfungsi dengan baik, malah serbuk juga. Ini mempunyai kesan pengeringan dan tidak menjadikan kulit kelihatan berminyak.

Normal – Jenis kulit paling tidak bermasalah. Kulit tidak berminyak, kelihatan bersih dan sihat sahaja. Pilih krim pelindung matahari berasaskan krim.

Kulit kering – Kulit kering mempunyai tahap sebum yang rendah dan boleh terdedah kepada sensitif. Kulit kelihatan kering kerana ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Kulit biasanya terasa ketat dan tidak selesa selepas mencuci kecuali pelembap atau krim digunakan. Losyen atau pelembab SPF adalah pilihan terbaik untuk kulit kering. Sentiasa pilih krim yang tebal dan tidak ringan (contohnya matte). Semakin tinggi SPF, semakin berminyak formula tersebut.

Foto – Nowmi

SPF biasanya ditentukan oleh jenis kulit dan warna. SPF melindungi kulit daripada keadaan perubatan seperti kanser kulit dan TPF (Tan Protection Factor) menghalang kulit dari pigmentasi dan perubahan warna. Pengawasan matahari harus dipilih mengikut warna kulit. Sebagai contoh, individu berkulit gelap sepatutnya memilih SPF yang lebih rendah, manakala yang cerah pilih krim dengan SPF yang lebih tinggi.

Apa Jadi Kalau Tak Guna Krim Pelindung Matahari

Menurut satu kajian Australia yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine tahun 2013, sinaran matahari menyebabkan kira-kira 90% penuaan pada kulit. Dan jika risiko bintik-bintik matahari dan kedutan tidak mendapat perhatian anda, Skin Cancer Foundation memberi amaran bahawa satu dari lima rakyat Amerika terdedah kepada kanser kulit pada usia 70 tahun.

Foto – Elle

Apabila menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran matahari, kulit anda akan mendapat keradangan atau kulit melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit. Sel-sel imun untuk menyembuhkan kerosakan akan berkumpul di tempat yang rosak dan menghasilkan sensasi terbakar. Kerosakan sel ini dianggap sebagai risiko pertama yang membawa kepada kanser kulit.

Pendedahan matahari juga boleh membawa kepada jerawat. Ia menyebabkan pembentukan sel-sel mati yang menyumbat liang-liang, dan ini akan memburukkan lagi jerawat. Kulit tan akibat sinaran matahari hanya sementara menyamarkan kemerahan jerawat dan mengeringkan permukaan kulit, tetapi pendedahan cahaya matahari menyebabkan lebih banyak pertumbuhan jerawat.

IKLAN

Bila Masa Sesuai Guna Krim Pelindung Matahari

Adalah dinasihatkan mengguna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah, ini untuk membenarkan waktu pengeringan pada semua kawasan yang terdedah. Re-apply setiap 2 jam apabila terdedah kepada matahari pada umumnya, bahkan pada hari-hari berawan ketika 80% sinar UV dapat menembus awan. Apabila keluar di pantai, adalah disyorkan untuk guna krim setiap 15-20 minit. Basuh muka anda atau lap di kawasan dengan tisu basah sebelum re-apply.

Foto – Huffpost

Di Mana Nak Dapatkan Krim SPF

Terdapat pelbagai pelindung matahari di pasaran untuk dipilih. Sama ada sunblocks, sunscreens dalam bentuk losyen, krim, semburan, gel, tisu dan serbuk. Selain itu, terdapat juga pelindung matahari dalam produk kosmetik seperti foundations, compact powders, bronzers, dan lip balms. Jadi pilih yang sesuai mengikut masalah kulit anda sendiri.

Sekarang dah jelas tentang krim SPF yang selama ini menjadi kemusykilan kita semua. Diharap huraian di atas membantu anda agar menjaga kulit wajah dengan baik.

Ingat keluar rumah sila guna krim pelindung matahari! Selamat Beramal!

RUJUKAN : 123