Langsung tak boleh tutup mata?
Seorang wanita di China tidak dapat menutup matanya selepas menjalani pembedahan kelopak mata “double eyelid”.
Li, dari Heifei, China, menghabiskan 12,800 yuan ($1,807) untuk operasi pembedahan kelopak mata semata-mata. Bagaimanapun, perkara menjadi mimpi ngeri apabila dia mendapati dia tidak dapat menutup kelopak mata selepas prosedur tersebut.
Li memberitahu bahawa dia pergi ke klinik untuk membetulkan kelopak matanya yang bengkak, tetapi operasi itu tidak memuaskan. Akibatnya klinik menawarkan Li dengan pembedahan kali kedua, tapi ia hanya menjadi lebih teruk lagi. Selepas pembedahan kedua, klinik itu menawarkannya lagi, tetapi kali ini, Li menolak.
“Ia sangat jelas mereka tidak melakukan kerja dengan baik, mereka tidak membuat saya kelihatan cantik malah semakin teruk,” jelas Li marah.
Li menceritakan penglihatannya bertukar kabur dari pembedahan double eyelid, dan dia terpaksa memandang ke atas untuk tidur pada waktu malam.
Klinik walau bagaimanapun menjelaskan ini adalah hasil daripada melakukan dua pembedahan berturut-turut, sambil menambah keadaannya akan menjadi normal bila perlahan-lahan pulih.
Adui macam-macam hal…