Fesyen

Kunjungi Pakistan, Kate Middleton Sopan Dalam Pakaian Tradisional “Shalwar Kameez”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kunjungi Pakistan, Kate Middleton Sopan Dalam Pakaian Tradisional “Shalwar Kameez”

Si cantik Duchess of Cambridge, Kate Middleton sekali lagi mencuri tumpuan ketika lawatan ke Pakistan baru-baru ini. Dikenali sebagai salah satu anggota British Royal Family dengan selera fesyen yang high class, penampilan Kate Middleton yang stylish dan elegan sentiasa sukses dan tidak pernah gagal.

IKLAN

Melakukan kunjungan kerajaan ke Pakistan, Kate Middleton dan Putera William disambut meriah oleh kerajaan Pakistan. Tapi yang manis apabila Kate Middleton tidak berpakaian biasa, beliau menghargai budaya tempatan Pakistan dengan memakai pakaian tradisional yang dipanggil shalwar kameez. Kate tampil dalam gaya yang menawan, sopan, manis malah penuh warna-warni.

Berikut antara OOTD pilihan Kate sepanjang berada di Pakistan:

Untuk hari pertama, walau memakai pakaian tradisional, Kate masih memilih gaya moden untuk pakaian adat yang direka oleh Catherine Walker dengan gradasi warna biru kehijauan.

Foto – Samir Hussein

Seterusnya Kate kelihatan lebih laidback dengan pilihan shalwar kameez yang serba ringkas warna biru rekaan pereka fesyen Pakistan, Maheen Khan.

Foto – Chris Jackson/Getty

Untuk perjumpaan dengan perdana menteri Pakistan, Kate tampil sofistikated dalam jubah hijau zamrud oleh Catherine Walker dan seluar krim dari pereka Pakistan Maheen Khan.

Foto – Karwai Tang

Untuk final look, Kate lari sikit daripada tradisional ke moden dengan dress sequin labuh yang menyerlahkan lagi kecantikan wanita 37 tahun ini.

Foto – People

Kate murah dengan senyuman, kerana itu ramai menyanjungi dan menyukainya. Penulis pun salah seorang peminat beliau!