Kesihatan

Sertai MY BODY CAN FLY, Kempen Amal & Kesedaran Kesihatan Mental Malaysia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Sertai MY BODY CAN FLY, Kempen Amal & Kesedaran Kesihatan Mental Malaysia

MY BODY CAN FLY merupakan sebuah kempen amal dan kesedaran yang dianjurkan oleh FLYPROJECT di mana program ini mendapat sokongan daripada Persatuan Kesihatan Mental Malaysia atau Malaysian Mental Health Association (MMHA).

IKLAN

Kempen kesedaran ini telah berlangsung pada 10 Oktober sehinggalah 30 November 2019. Tujuan kempen ini di jalankan adalah untuk memberi dan meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental di Malaysia.

Kempen yang dianjurkan oleh FLYPROJECT ini berjalan selama enam minggu, menerusi kempen ini di harap dapat menyebarkan kesedaran dan memberi peringtan kepada orang ramai dalam mengekalkan kesihatan mental.

Foto – FLYPROJECT

Cara menyertai kempen MY BODY CAN FLY

  • Tag @flyproject.com
  • Hashtag #MYBODYCANFLY
  • Pos di akaun Instagram anda sebagai tanda sokongan
  • Bantu untuk pos sehingga 10,000 pos dengan hashtag #MYBODYCANFLY
  • Dan FLYPROJECT akan memberi sumbangan dana sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA
Foto – FLYPROJECT

Untuk menyebarkan kesedaran tentang kesihatan mental, ianya bermula daripada pemikiran dan pandangan sekeliling yang positif dan aura yang baik. Tambahan lagi dengan pemikiran dan mental yang sihat, ia akan membuatkan tubuh badan anda menjadi tenang serta bertenaga.

Foto – MHFA England

Justeru itu, bermula daripada pemikiran yang sihat dengan persekitaran yang positif dan baik akan memberi kesan yang bagus terhadap tubuh badan secara rohani mahupun jasmani. Oleh itu, sayangi diri dan anda akan melihat bahawa dunia anda di selubungi dengan warna-warna yang indah.

Demi menganjurkan kempen amal dan kesedaran ini, FLYPROJECT berkolaborasi bersama dengan band lokal iaitu MFMF. Bukan itu saja, pada 19 Oktober 2019 ini, kempen MY BODY CAN FLY bakal di hadiri dengan pelbagai tetamu istimewa, selebriti lokal, SM influencer dan juga duta-duta yang turut bersama menyumbang tenaga untuk meningkatkan kesedaan kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia.

Foto – FLYPROJECT

Malah, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) juga akan membawa sukarelawan untuk turut bersama-sama berkongsi tentang kisah dan pengalaman mereka. Dan sesi tersebut akan di kendalikan oleh salah seorang tenaga pengajar senior iaitu Aiman Asmawar atau lebih di kenali sebagai Aiman Ox dan buat pertama kalinya Aiman Ox akan ditemani bersama set DJ Live daripada MFMF.

Foto – harrogategrammar.co.uk

Jom jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan kesedaran kesihatan mental diri, keluarga dan rakan-rakan anda hari ini. Sertai kempen MY BODY CAN FLY yang bermula daripada 10 Oktober sehingga 30 November 2019 segera dan kuatkan mental serta fizikal diri menerusi program kesedaran ini.

IKLAN

Mental Sihat, Hidup Bahagia!

Ingat mencegah itu lebih baik dari mengubati. Oleh itu, pemikiran yang sihat akan memberi kehidupan yang baik dan gembira untuk diri anda, keluarga dan rakan-rakan yang tersayang!