Kecantikan

Wah Hebat Jenama Mekap M·A·C Pilih EXO Lay Jadi Duta

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Wah Hebat Jenama Mekap M·A·C Pilih EXO Lay Jadi Duta

Well… Well… Well

IKLAN

Jenama mekap tersohor M.A.C mengumumkan Lay Zhang dipilih menjadi duta pertama di rantau Asia Pasifik.

Difahamkan Lay telah dinamakan sebagai duta jenama di China sejak tahun lalu, dan sejak itu komitmen Lay mendapat respon positif pengguna tidak kira lelaki atau wanita.

Foto – Twitter

Dinamik, berani dan profesional, M.A.C telah menemui banyak persamaan jenama dan Lay, lantas sebulat suara meneruskan hubungan. M.A.C dengan sukacitanya mendedahkan gelaran baru untuk Lay sebagai Duta Jenama Asia Pasifik.

Menurut Lay, dia sangat berbesar hati dapat meneruskan hubungan dengan M.A.C sebagai duta jenama Asia Pasifik.

“Saya dapat merasakan sinergi yang kuat dengan M.A.C dan teruja dengan pelbagai peluang yang akan datang,” jelas Lay gembira.

Foto – Twitter

Untuk projek pertama, Lay akan menjadi wajah kempen produk Art of Studio Fix, di mana dia akan mendedahkan fesyen unik bersesuaian dengan M.A.C.

Wanista pasti ramai tidak sabar mahu melihat komersil kempen M.A.C yang dibintangi oleh jejaka kacak bergaya ini.

Stay tuned!

IKLAN