Bibir nipis atau bibir tebal? Yang mana satu anda pilih?
Rasanya semua para gadis muda impikan bibir tebal bak Kylie Jenner. Kita sedia maklum, sejak Kylie melakukan lip filler, rata-rata gadis muda sakan mahu mendapatkan bibir sedemikian, walaupun ada kala seperti bibir kena sengat.
Timbul satu lagi trend baru yang panas di TikTok – sebuah aplikasi popular untuk berkongsi video pendek mudah alih, di mana gadis melekatkan bibir dengan gam untuk menjadikannya penuh dan tebal.
Cabaran #lashgluechallenge bermula apabila pengguna TikTok @chloehammock4 menyiarkan video dirinya melekatkan bahagian atas bibir (cupid’s bow) menggunakan gam sebelum meletakkan gincu Kylie Cosmetics. Video ini telah mendapatkan reaksi lebih daripada 400,000 suka dan beribu-ribu ulasan, dengan ramai yang membuat versi mereka sendiri di Twitter.
bruh i tried that bratz lip trend on tiktok bc everyone look cute doing but but uhhh …… pic.twitter.com/s1zWDfm3ka
— angel (@ange11ain) September 7, 2019
https://twitter.com/yoooodea/status/1170923447087534080?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1170923447087534080&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cosmo.ph%2Fbeauty%2Fviral-beauty-challenge-lashglue-lips-a989-20191013
Lihat video tutorial mendapatkan bibir penuh dan tebal menggunakan gam.
Kesian tengok generasi kini yang obses nak cantik sempurna ala idola kesayangan mereka. Suka melakukan benda tak masuk dek akal, serius penyakit obsesi sangat parah.