Tips - Fesyen

Jom Tiru Cara 10 Selebriti Gayakan Baju T-Shirt Berjalur

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Jom Tiru Cara 10 Selebriti Gayakan Baju T-Shirt Berjalur

Tahukah fesyen staples seperti t-shirt berjalur menjadi kegemaran ikon Audrey Hepburn. Dan sehingga ke hari ini t-shirt berjalur masih menjadi pilihan kebanyakan wanita.

IKLAN

Secara global t-shirt berjalur ada membuat penampilan di koleksi label mewah seperti Calvin Klein, Louis Vuitton, Gucci, Prada, dan banyak lagi yang memaparkan semua jenis corak jalur – tidak terikat kepada corak jenis lurus berjalur sahaja. ada yang memaparkan jalur mendatar atau melintang, yang pasti ia mampu memberi dimensi baru kepada trend fesyen semasa.

Sebagai contoh, t-shirt berjalur mampu memberi impak penampilan walau anda sekadar bergaya ringkas dengan skinny jeans semata, ini belum dipadankan bersama aksesori dan sebagainya.

Wanista kongsikan 10 selebriti ini menggayakan t-shirt berjalur paling stailo boleh anda tiru…

#1 Tuck-in t-shirt supaya nampak lebih stail, seperti cara Miranda Kerr.

Foto – Pinterest

#2 Agar nampak formal, Kate Middleton menyarung blazer.

Foto – Pinterest

#3 Selena Gomez menyarung t-shirt berjalur pelangi bersama seluar sukan dan sneakers, sesuai untuk para gadis.

Foto – Pinterest

#4 Candice Swanepoel memadankan t-shirt berjalur bersama skinny jeans dan ankle boots, bikin penampilan seksi.

Foto – Pinterest

#5 Tayang kaki anda yang panjang dengan mengenakan short pants seperti cara Alexa Chung.

Foto – Pinterest

#6 Dakota Johnson padankan stripes bersama flare pants dan fit flop. Ringkas tapi masih stailo!

Foto – Pinterest

#7 Kylie Minogue menggayakan t-shirt berjalur merah bersama pencil skirts.

Foto – Hello

#8 Gaya santai Kendall Jenner dengan destroyed jeans dan Balenciaga sandal.

Foto – Pinterest

#9 Antara penggemar stripes, Taylor Swift tampil manis padankan bersama midi skirts.

Foto – Pinterest

Pada penulis t-shirt berjalur merupakan satu statement. Walau sekadar bergaya ringkas, sarungkan sahaja t-shirt berjalur confirm penampilan terus berbeza.

Selamat Beramal!