Kesihatan

Ini Manfaat Yang Kamu Dapat Jika Makan Tomato Setiap Hari

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ini Manfaat Yang Kamu Dapat Jika Makan Tomato Setiap Hari

Dato’ Rizalman Ibrahim melahirkan makanan tambahan “T’Neeq” berasaskan tomato, si cantik Fazura mengamalkan jus tomato untuk maintain cantik dan sihat – ya tomato dan keajaibannya terlalu banyak dan kerana itu kita harus mula mengamalkan.

IKLAN

Baca : 6 Bahan Semulajadi Dalam Suplemen Cantik “T’Neeq” Oleh Dato’ Rizalman Ibrahim

Tomato adalah salah satu buah paling serba boleh yang digunakan secara meluas. Sesetengah orang lebih suka makan secara mentah manakala ada yang suka memasak dengan sayur-sayuran dan rempah ratus. Anda boleh menambah tomato kepada apa saja juadah – bermula dari sos, sup, jus, salad, jeruk atau ditambah dalam kari, nasi, omelets, kuah dal dan bermacam lagi.

Foto – Healthline

Secara umumnya, tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95% dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat. Pernahkah anda tertanya-tanya apakah faedah jika makan tomato setiap hari?

Sumber vitamin

Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang anda.

Melindungi kesihatan jantung

Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung. Kajian menunjukkan bahawa makan produk berasaskan tomato adalah lebih efektif berbanding mengambil suplemen lycopene. Menurut kajian lagi, individu yang mempunyai kandungan darah yang tinggi dengan antioksidan ini kurang berisiko menghidapi sindrom metabolik yang merupakan faktor risiko penyakit jantung, strok dan diabetes.

Kesihatan kulit

Makan tomato untuk kecantikan kulit wajah. Ini kerana tomato dapat melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahri dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.

View this post on Instagram

IKLAN

P/s: Also invented a new word called “menyengatakan”. 😂 K bye. Love you guys. 💖✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Memperbaiki penglihatan

Tomato sangat bagus untuk mata. Ini kerana tomato mempunyai kandungan lycopene, lutein dan beta carotene, yang berfungsi membantu melindungi mata daripada katarak dan macular degeneration.

Membantu pencernaan

Tomato juga dapat membantu individu yang kerap mengalami masalah sembelit. Ini kerana tomato mengandungi kandungan serat dan cecair yang agak tinggi. Namun begitu, anda harus berhati-hati kerana bagi sesetengah individu, asid daripada tomato yang dimasak boleh mengakibatkan senak perut dan asid refluks.

Membantu melawan diabetes dan kanser

Tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser. Bagi individu yang mempunyai mempunyai diabetes jenis 2, tomato adalah makanan yang bagus kerana ia boleh mengurangkan risiko berlakunya peroksida lipid yang menyebabkan radikal bebas dan serangan jantung. Tomato yang mempunyai kandungan lycopne juga mampu mengurangkan risiko kanser perut, prostat, ovari dan paru-paru.

Siapa yang tak makan tomato, mula makan sekarang.. Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2