Kecantikan

OMG Jenama Kosmetik Milani Tiba Di Malaysia!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
OMG Jenama Kosmetik Milani Tiba Di Malaysia!

New makeup in town!

IKLAN

Milani, diilhamkan oleh East L.A dan diasaskan Laurie Minc. Jenama dicipta untuk wanita semua etnik, latar belakang dan umur, bersesuaian sangat falsafah jenama – “Beauty Justice For All”.

Di Milani, produk kami adalah 100% Bebas Kezaliman dan disahkan PETA. Mempunyai rangkaian produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, Milani membuktikan sebagai salah satu jenama yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 2018.

Milani Cosmetics

Produk Paling Laris

Apa yang istimewa di Milani? Semestinya seleksi produk yang pelbagai – Rose Powder Blush, Baked Powder Blush, the Conceal +Perfect Foundation Range, Bold Color Statement Matte Lipstick dan banyak lagi, semua yang berpigmen, tekstur berkualiti dan mudah digunakan.

Conceal + Perfect 2-in-1 Foundation, RM55.25 – Foundation dari tekstur cecair dan concealer ini memberi litupan penuh yang tahan lama, bebas minyak dan tahan air – langsung tidak sememeh dari peluh. Sesuai untuk semua jenis dan tona kulit.

Foto – Milani

Conceal + Perfect Foundation Stick, RM57.25 – Diperbuat daripada bamboo powder untuk menyerap minyak dan ekstrak lily untuk mengurangkan penampilan liang pori.

Foto – Milani

Bold Color Statement Matte Lipstick, RM42.90 – Formulasi dari Monoi Oil untuk mengekalkan bibir lembut, lembap dan licin, sangat ringan sambil mengeringkan dengan selesa walaupun bertekstur matte.

Foto – Milani

Rose Powder Blush, RM51.55 – Pemerah pipi berpigmen ini membantu memberi bentuk pada tulang pipi. Tekstur serbuk halus dan bersifat matte – memberi warna semulajadi berkilauan untuk melengkapkan penampilan si pemakai.

Foto – Milani

Mattes Eyeshadow Palette, RM114.50 – Most Loved Mattes Eyeshadow Palette menampilkan 12 rona yang on-trend dan fun untuk gadis riang. Bersifat matte dan warna pigmen yang tinggi.

IKLAN
Foto – Milani

Milani Cosmetics kini sudah berada di Watsons Malaysia yang terpilih dan secara atas talian watson.com.my.