Kembara

4 Sebab Karnival Starlight Resorts World Genting Best, Serius Kena Pergi!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
4 Sebab Karnival Starlight Resorts World Genting Best, Serius Kena Pergi!

Nak berlibur di mana pada hujung minggu?

IKLAN

Apa kata kali ini anda bersama kawan atau keluarga naik Genting untuk rasai pengalaman liburan yang berbeza tetapi memang puas hati dan berbaloi.

Baru sahaja dilancarkan, Karnival Starlight Resorts World Genting adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik. Berpeluang ke sana hujung minggu lalu, karnival yang dibuka pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu ini ternyata ada keunikannya.

Foto – Arkib Wanista

Menampilkan empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan, ini yang best ada di sana;

Tayangan Filem Blockbuster

Ya, anda boleh tonton pelbagai filem blockbuster beramai-ramai. Di Pawagam Karnival, filem blokbuster karpet merah yang ditayangkan termasuklah A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Kesemuanya akan ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil duduk di atas beg kekacang dan kusyen. Tayangan filem di kawasan terbuka ini akan memberikan satu suasana baharu ketika menonton ditambah lagi dalam cuaca dingin yang sejuk.

Foto – Arkib Wanista

Trak Makanan Yang Enak

Bila tengok filem mesti rasa nak mengunyahkan. Di sini terdapat pelbagai pilihan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Biarpun trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat, Resorts World Genting turut akan mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&Bnya.

Foto – Arkib Wanista

Sebagai contoh, FUHU by Zouk yang menyediakan gabungan makanan unik antaranya tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU. Harry Ramsden pula bawakan hidangan kegemaran London ikan dan kentang goreng ke Malaysia. Cosmic Café akan menawarkan hidangan pilihaan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso, manakala aiskrim serta minuman berasaskan manga boleh didapati di khemah La Cremeria dan macam-macam lagi.

Muzik Jalanan Penghibur Malam Hari

Kalau tak nak layan filem, hiburkan diri dengan melodi hebat daripada barisan pemuzik yang cukup berbakat. Mereka adalah Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo untuk merancakkan lagi mood malam. Nikmati minuman sambil dibuai alunan bunyi akustik yang menginspirasikan di pentas Karnival Starlight.

Foto – Arkib Wanista

Jom Main Game

Tidak lengkap sekira sebuah karnival tanpa permainan yang mencabar dan menyeronokkan. Baik lelaki dan perempuan, cuba nasib dan kemahiran masing-masing di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star, sekaligus menjanjikan peluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Jadi, teruja tak? Karnival Starlight akan berlangsung pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula dari 10 Oktober hingga 2 November 2019. Tiket-tiket dijual pada harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma.

Ditambah lagi, pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan pada harga RM246 bersih ataupun di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi [SINI] atau hubungi +603 2718 1118.