Fesyen

Fesyen Ikon Halima Aden Untuk Wanita Berhijab

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Fesyen Ikon Halima Aden Untuk Wanita Berhijab

Siapa kata sukar bagi wanita untuk berpakaian sopan dan berhijab apabila memasuki dunia modelling. Semua kata-kata negatif serta memandang rendah terhadap wanita berhijab di dalam dunia permodelan ini di tangkis dengan kejayaan Halima Aden yang memberi inspirasi kepada wanita sebagai ikon fesyen berhijab.

IKLAN
Foto – Grazia Middle East

Halima Aden satu nama yang memberi fenomena luar biasa di dalam dunia modelling, model Somali-Amerika ini merupakan model Muslim pertama yang muncul di dalam majalah Sport lllustrated dengan memakai hijab dan burkini. Malah Halima juga muncul bagi edisi baju renang pada bulan Mei lalu sambil memakai burkini dengan pelbagai warna yang berbeza!

Foto – The Times

Kini semakin ramai wanita berhijab yang berjaya mewakili setiap industri di dunia dan Halima Aden merupakan salah seorang wanita berhijab yang memberi inspirasi dan kekuatan kepada wanita muslimah di seluruh dunia agar berani menceburi bidang yang di minati tanpa perlu rasa segan dan berbangga menjadi wanita berhijab yang berjaya

Halima Aden di lahirkan di Kakuma, kem pelarian di Kenya selepas keluarganya melarikan diri ketika perang saudara di Somalia. Halima tinggal di kem pelarian selama tujuh tahun sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat dan menetap di St. Louis. Halima yang waktu ketika itu menggunakan Bahasa ibunda iaitu Somali dan Swahili ini memasuki sekolah dengan sistem percakapan berbahasa Inggeris di dalam kurikulum sekolah tersebut.

Foto – The Independent

Meskipun penguasaan Bahasa Inggeris Halima pada ketika lemah, tetapi Halima tangani masalah tersebut dengan memasuki kelas gantian Bahasa Inggeris ketika di sekolah tinggi. Prestasi Halima begitu membanggakan sehingga mengatasi rakan sekelasnya yang lain dan menjadikan Halima seorang remaja yang begitu kuat pada ketika itu dan menjadikan dirinya yang sekarang ini sebagai wanita yang punya daya tahan serta berjaya dalam mengatasi segala cabaran yang mendatang.

Foto – yahoo.com

Halima memulakan kerjaya sebagai seorang model apabila menyertai pertandingan Miss USA state pageant sambil memakai hijab dan burkini dalam bahagian pertandingan renang. Buat pertama kalinya dalam sejarah 65 tahun, Halima Aden menjadi seorang model wanita berhijab yang berjaya ke finalis dan persembahannya memukau mata Carine Roitfeld dan sekaligus mengrekrut Halima untuk muncul di dalam cover buku CR Fashion.

Sejak itu, nama Halima Aden mula menerangi dunia modelling sebagai model berhijab yang berjaya dan mencetuskan fenomena yang luar biasa.

Kejayaan Halima Aden Di Pentas Modelling

Sejak berkecimpung di dalam industri modelling ini, Halima telah menempa namanya sebagai salah seorang model wanita yang berjaya. Menjadi model wanita berhijab pastinya bukan mudah dan perlu lalui pelbagai rintangan dan cabaran tetapi itu semua tidak mematahkan semangat Halima untuk menjadi seorang model yang berjaya di samping menceritakan kisah peribadinya menerusi pentas modelling ini.

Foto – Getty Images
Kejayaan seorang model di lihat pada profil permodelannya dan profil Halima sangat membanggakan!
  • Model majalah untuk Vogue Arabia
  • Model majalah untuk British Vogue
  • Model majalah Teen Vogue
  • Model majalah Grazia UK
  • Model majalah S Moda
  • Model majalah Allure
  • Model majalah Sports Illustrated
  • Model runway Yeezy
  • Model runway Alberta Feretti
  • Model runway Max Mara
  • Model runway Philipp Plein
  • Model runway Dolce & Gabbana
  • Pernah muncul dalam kempen jenama kecantikan Rihanna
  • Duta rasmi UNICEF

Halima Aden Ikon Fesyen Berhijab Sumber Inspirasi Wanita!

Foto – Amaliah

Nah berikut adalah beberapa gaya Halima Aden untuk di jadikan contoh kepada wanita berhijab di luar sana. Jadikan kisah Halima Aden sebagai sumber inspirasi wanita Muslim untuk bergaya dengan sopan di samping mengejar kerjaya dan terus menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, In Shaa Allah!

IKLAN

Jubah Dan Hijab Berpisah Tiada

Halima tampil bergaya ketika memperagakan jubah dan hijab dengan warna biru lembut sedondong. Lihat betapa berkeyakinannya Halima ketika membuat runway di atas pentas dengan puluhan mata yang memandang, keyakinan diri sebagai wanita berhijab sangat terserlah! Bangganya melihat model wanita Muslim berhijab yang penuh berani dan berkeyakinan ini.

Dress Rona Gelap Bersama Sarung Lengan Yang Unik

Gemar memakai dress sebegini? Tiada masalah lihat saja bagaimana Halima menggayakan busana ini Bersama sarung lengan yang sedondon. Melihat busana yang di gayakan oleh Halima ini berwarna gelap dengan illustrasi flora sekali lagi membuka mata pencinta fesyen tentang penggunaan warna rona gelap! Siapa cakap warna rona gelap ni buruk?

Sut Dan Hijab Kombinasi Yang Elegan!

Bergaya sungguh Halima Bersama sut biru terang Bersama hijab berwarna emas memberi aura elegan dan anggun sekali! Sedap mata memandang gaya Halima ni, women inspired!

Burkini Dan Hijab Kombinasi Luar Biasa!

Dek kerana fenomena berburkini bersama hijab ini lah yang menaikkan nama Halima Aden di persada dunia sebagai model wanita berhijab! Tangkis pandangan streotaip dengan memakai burkini (pakaian renang) bersama hijab.

Tampil Sporty Dengan Warna Kuning!

Nak kelihatan sporty dan bergaya, lihat Halima yang menggayakan Bersama jaket denim Bersama baju turtle neck berwarna hitam yang kemudian di tuck ini ke dalam kain labuh berwarna kelabu. Dan yang menjadi perhatian adalah hijab dan topi salji yang berwarna kuning terang! Memang Nampak cool dan sporty betul!

View this post on Instagram

2019 โœจ

A post shared by Halima (@halima) on

Halima Aden menjadi sumber inspirasi wanita Muslim berhijab dan lihat bagaimana wanita mendominasi setiap industry di dunia dengan jayanya!

Women empowering the world.

Rujukan : 1, 2, 3, 4, 5