Dalam perhubungan soal ketinggian kadang kala menjadi salah satu factor dalam memilih pasangan dan pastinya ramai wanita yang beranggapan bahawa lelaki tinggi lebih sesuai di jadikan pasangan tetapi betulkah apa yang di sangkakan tersebut. Dan bagaimana pula dengan lelaki rendah, adakah mereka tidak sesuai untuk di jadikan pasangan. Nah ketahui lebih lanjut tentang rahsia berpacaran dengan lelaki rendah ini lebih awesome dan hebat!
#1 Lebih Menghormati Wanita
Lelaki yang rendah lebih selesa dengan wanita yang lebih tinggi dari mereka malah jika wanita yang di cintai memiliki kelemahan dari aspek lain seperti kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat, mereka tidak akan memperkecilkan atau merendahkan wanita yang di cintai tetapi sebaliknya mereka akan memberi sokongan dan dorongan kepada si cinta hati.
#2 Punya Jiwa Sensitif
Lelaki yang rendah memiliki jiwa yang sensitive ini di sokong dengan perihal isu ketinggian mereka menjadikan jiwa mereka lebih sensitif dan lebih memahami tentang kehendak serta perasaan seseorang manusia yang memiliki kekurangan. Justeru itu, lelaki yang rendah lebih bijak menjaga perasaan wanita dan tahu untuk menenangkan wanita yang di cintainya tak kala masalah membelenggu jiwa.
#3 Punya Keyakinan Yang Tinggi
Tahu tak lelaki yang rendah Berjaya menundukan seorang wanita yang lebih tinggi dari mereka ini membuktikan bahawa lelaki yang rendah memiliki jiwa yang penuh dengan keyakianan diri yang tinggi. Untuk menambat hati wanita impian keyakinan yang adalah kunci Utama dalam hubungan dan bukannya saiz ketinggian!
#4 Ego Diri Yang Rendah
Percaya atau tidak lelaki yang rendah memiliki ego yang rendah berbanding lelaki yang tinggi. Lelaki yang rendah ini telah merasai keperitan di pandang rendah dek kerana tidak memiliki ketinggian yang ideal. Justeru itu, lelaki yang rendah memiliki sifat yang lebih tenang. Dan sifat sebegini amat penting terutama di dalam perhubungan. Jika salah satu dari pasangan bergaduh, pastinya yang seorang lagi secara tenang mengawal keadaan!
#5 Streotaip Bukan Penghalang!
Masyarakat sering memandang rendah terhadap saiz mahupun ketinggian seseorang individu dan sekaligus telah melahirkan stigma streotaip dalam minda. Tetapi bagi lelaki yang rendah, mereka tidak peduli dengan streotaip yang mengatakan diri mereka tidak layak untuk Bersama dengan wanita yang lebih tinggi dari diri mereka. Lelaki yang rendah memiliki prinsip diri yang kukuh dan tidak sesekali tunduk kepada streotaip mahupun tanggapan negatif tentang ketinggian mereka.
#6 Jangka Hayat Lebih Lama
Kajian mendapati 300 lelaki yang lahir di antara 1867 hingga 1915 di Pulau Sardinia, Itali menunjukan secara purata lelaki yang rendah hidup dua tahun lebih lama daripada lelaki biasa. Malah mengikut statistic, majoriti lelaki di pulau tersebut memiliki jangka hayat lebih lama berbanding mana-mana lelaki di negara Eropah yang lain. Wow, menakjubkan!
#7 Lebih Kuat Bekerja
Tahu tak bahawa dari aspek psikologi, lelaki yang rendah menunjukan lebih kuat bekerja kerana mereka ingin menjadi standing atau ingin menjadi lebih hebat daripada lelaki yang tinggi. Oleh itu, mereka sering berkerja keras untuk mengecapi kejayaan dan memiliki tahap motivasi yang tinggi, kreatif, berfikiran luas dan rajin dalam memajukan kebolehan diri!
Justeru itu, jangan pernah memandang rendah akan saiz mahupun ketinggian seseorang lelaki kerana kualiti dalaman mereka lebih bernilai untuk di lihat menerusi mata hati. Dan dalam perhubungan aspek yang perlu di timbang berat adalah keinginan diri untuk Bersama yang tersayang serta bersedia menerima diri pasangan seadanya merupakan kunci jalinan berpasangan.