Promosi 10/10 menjelma kembali dengan tawaran serta pilihan yang lebih murah dan menarik buat food hunter dan food lover Malaysia. Sempena 10/10 ini pelbagai promosi makanan telah di sebarkan dan ini adalah kompilasi makanan dengan harga promosi terhebat bagi bulan Oktober 2019.
IKEA FAMLIY 10.10
Di IKEA promosi makanan 10.10 selama satu hari diadakan khas untuk ahli keluarga IKEA. Pada 10 Oktober ini yang jatuh pada hari khamis, IKEA Malaysia menawarkan harga promosi untuk makanan popular di IKEA dan ianya eksklusif untuk ahli IKEA FAMILY. Wow!
Menerusi kad ahli IKEA FAMILY, pemegang kad dapat menikmati 10 ketul bebola daging Swedish dengan harga RM3 di restaurant IKEA dan manakala untuk pencuci mulut pula satu cawan yogurt sejuk di jual pada harga RM1 sahaja di IKEA Bistro.
Bukan itu saja, ahli IKEA FAMILY juga dapat membeli 3 bar IKEA Chocolate Tablets di Swedish Food Market dengan hanya RM10 dan nikmati coklat bar tersebut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan dengan gembira.
McDonald’s McDelivery Flash Sale 10.10
McDonald’s tampil dengan promosi McDelivery Flash Sale 10.10 yang bermula dari 7 Oktober sehingga 16 Oktober 2019. Tawaran promosi yang hebat ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati RM10 diskaun semasa membeli 2x set McChicken, Fillet-O-Fish, Big Mac, Ayam Goreng McD atau mana-mana 7 pilihan makanan lain dan pelanggan akan menikmati RM10 diskaun!
Jadi jangan lepaskan promosi hebat ini, apa yang perlu anda lakukan adalah mula memesan makanan secara dalam talian dengan segera dan pilih mana-mana pilihan 2 set makanan yang di minati dan diskaun sebanyak RM10 akan di tolak kemudian tunggu makanan sampai di rumah! Mudah bukan.
KFC 10.10
KFC kini menyemarakan lagi bulan Oktober ini dengan promosi makanan 10.10, di mana promosi yang dilakukan oleh KFC hanya untuk sehari sahaja! KFC bakal berikan tawaran terhebat dengan menawarkan snack plate atau kombo 2 ketul ayam dengan hanya RM10.
Tawaran yang berlangsung untuk satu hari ini sahaja, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk dapatkan KFC 10.10 ini pada hari khamis ini nanti. Untuk menikmati tawaran promosi yang diadadakan apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengikuti langkah-langkah seperti di bawah.
- Muat turun aplikasi KFC di telefon bimbit pintar.
- Pilih menu Snack Plate atau kombo 2 ketul ayam di dalam aplikasi.
- Masukan kod promosi “Tentastic” semasa hendak checkout.
- Selesai dan nikmati ayam goreng dengan gembira!
Untuk makluman, promosi KFC pada 10 Oktober 2019 ini hanya boleh digunakan menerusi aplikasi KFC sahaja jadi, jangan lepaskan peluang. Muat turun aplikasi KFC hari ini dan dapatkan promosi ayam goreng KFC esok!
Jadi jangan lepaskan peluang untuk serbu promosi-promosi gempak dan berbaloi ini pada 10 Oktober 2019 ini dan dapatkan menu makanan yang di gemari dengan potongan harga yang sangat murah!