Kecantikan

Koh Gen Do Jenama Penjagaan Kulit & Solekan Jepun Tiba Di Malaysia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Koh Gen Do Jenama Penjagaan Kulit & Solekan Jepun Tiba Di Malaysia

Koh Gen Do, jenama penjagaan kulit dan solekan dari Jepun kini secara rasminya telah memasuki pasaran tempatan. Jenama terkemuka daripada Jepun ini akan membuatkan pencinta kecantikan di Malaysia untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan produk Koh Gen Do ini.

IKLAN

Koh Gen Do telah diasaskan lebih dari 30 tahun lalu di Tokyo dan produk yang dihasilkan telah digunakan di set penggambaran di seluruh dunia! Jenama ini telah di hasilkan oleh seorang pelakon wanita Jepun yang terkenal iaitu Ai Saotome.  Produk rangkaian kosmetik dan solekan ini telah di beri penghargaan di dalam lebih 1000 filem dan drama Jepun.

Foto – Koh Gen Do

Bukan itu saja, pelbagai filem dan rangcangan televisyen dari Hollywood juga telah menggunakan produk Koh Gen Do secara  meluas dalam set filem dan penggambaran di seluruh dunia dan menjadikan jenama Koh Gen Do sebagai jenama kegemaran dalam kalangan jurusolek artis professional.

Ini kerana Koh Gen Do menggabungkan bahan botani yang berkualiti dan bermutu tinggi bersama dengan teknologi penjagaan kulit Jepun yang berupaya menyuburkan dan memelihara keupayaan kulit untuk kembali pulih.

Foto – Koh Gen Do

Dan produk Koh Gen Do boleh di dapati di 10 negara terpilih iaitu Jepun, Malaysia, Korea, Amerika Syarikat, Filipina, Australia, Hong Kong, Thailand, Taiwan dan China.

Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara Koh Gen Do, Yunje Jang yang merasmikan pelancaran Koh Gen Do di Fahrenheit88 baru-baru ini berkongsi tentang produk penjagaan kulit dan solekan dari Jepun dan apa yang bakal di tawarkan untuk pencinta kecantikan dan kosmetik di Malaysia.

Foto – Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara Koh Gen Do, Yunje Jang

Kami sangat berbesar hati kerana dapat menawarkan produk kami kepada rakyat Malaysia dan juga kerana memperoleh rakan kongsi yang terbaik untuk pelbagai saluran pemasaran seperti PLAY UP untuk saluran runcit, Hermo untuk saluran dalam talian, Air Asia dan Our Shop untuk rakan saluran bebas cukai.

Pelanggan di Malaysia kini dapat menikmati produk kami yang terjual laris secara global dan di gemari oleh selebriti dan antara produk yang di minati ramai adalah Aqua Foundation, SPA Cleansing Water, Base Color Makeup dan Illuminator – Jelas Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara Koh Gen Do, Yunje Jang

Foto – Beautylish

Salah satu produk Koh Gen Do yang paling laris di jual secara global ialah Aqua Foundation, foundation muka ini merupakan pilihan ramai jurusolek professional untuk menjadikan kulit mudah bernafas, lembap, tidak mudah comot dan sesuai untuk pemakaian sepanjang hari. Tambahan lagi Aqua Foundation dapat menyuburkan kulit menerusi kandungan mineral yang diperolehi daripada perairan Bretagne, Perancis.

IKLAN
Foto – Hermo

Selain produk Aqua Foundation yang menjadi kegemaran ramai jurusolek professional, produk yang menjadi buruan ramai adalah Aqua Foundation Illuminator yang dapat mencerahkan kawasan tepi mata, tulang pipi dan busur bibir dengan segera. Ia di rumus dengan Gloss Film Powder yang memberi highlighter yang tahan lama serta dapat menyerikan kulit agar terbentuk dan kelihatan sempurna.

Foto – Beautylish

Manakala produk Koh Gen Do, Makeup Colour Base merupakan produk utama bagi jurusolek kerana ia merupakan primer yang berprestasi tinggi dan bertekstur baldu. Produk ini telah direka untuk mencantikan dan mencerahkan kulit sebelum penggunaan foundation.

Foto – Koh Gen Do

Dan tidak ketinggalan produk popular Koh Gen Do, SPA Cleansing Water yang merupakan penanggal solekan bebas alcohol yang lembut dan di formulakan dengan mata air yang di perkaya dengan mineral, 6 ekstrak herba yang penting dan mengandungi 95% bahan pelembap. Produk ini mampu menanggalkan solekan dan kotoran dengan lembut tanpa perlu dibersihkan atau di cuci secara mendalam dan yang pasti ia tidak meninggalkan residu yang berminyak.

Produk Koh Gen Do yang berasaskan minyak mineral semula jadi dengan pelbagai bahan berkualiti tinggi yang berteknologi ini berharga di antara RM125 hingga RM190. Bagi yang ingin mendapatkan produk penjagaan kulit dan solekan ini, Koh Gen Do boleh di dapati di PLAY UP, Hermo, Air Asia Duty Free dan Merchendise, Ourshop serta Lazada.

Koh Gen Do telah membuka kiosk di tingkat bawah Fahrenheit88 bermula sekarang hingga 17 Oktober 2019. Pelanggan boleh melawati kiosk tersebut untuk mencuba Koh Gen Do sendiri dan berpeluang memenangi beberapa hadiah yang menarik. Untuk maklumat lanjut layari laman web Koh Gen Do dan Instagram.