Fesyen

Akhirnya Hailey Baldwin Dedah Gaun Kahwin, Vale Panjang Paling Win

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Akhirnya Hailey Baldwin Dedah Gaun Kahwin, Vale Panjang Paling Win

Seminggu selepas mengucapkan “I do” kepada Justin Bieber, Hailey Bieber atau Baldwin (penulis lebih senang memanggilnya Baldwin) akhirnya berkongsi gambar perkahwinan yang dinantikan peminat seluruh dunia.

IKLAN

Ya, wedding dress idaman yang ingin dilihat oleh Beliebers.

View this post on Instagram

❤️

A post shared by Hailey Rhode Bieber (@haileybieber) on

Gaun kahwin dengan potongan ikan duyung mempamerkan bentuk tubuh Hailey yang curvy. Rekaan “off-the-shoulder” diperbuat daripada fabrik lace merupakan hasil pereka Virgil Abloh dan Off-White.

Menjadi tumpuan adalah vale panjang yang tertera jahitan perkataan “Till death do us part” dihujung kain, sekaligus memberi kelainan dan keunikan. Tapi secara keseluruhan, gaun kahwin Baldwin ‘biasa-biasa’ sahaja, dan tiada yang barunya kecuali vale.

“Virgin Abloh, terima kasih kerana menghasilkan wedding dress yang saya impikan selama ini. Anda dan Off-White sangat luar biasa, saya bersyukur dan senang hati dapat memakai satu ciptaan yang cukup indah ini,” jelas Baldwin di Instagram.

View this post on Instagram

9.30.19 ❤️

A post shared by Hailey Rhode Bieber (@haileybieber) on

Boleh tahan seksi gaun kahwin Hailey. Kalau korang nak yang sopan, tengok contoh Ellie Goulding – Bagaikan Puteri Diraja, Gaun Kahwin Ellie Goulding Cantik Dan Sopan Sekali

RUJUKAN