Fesyen

Sumpah Cantik Sangat Angelina Jolie Dalam Gaun Emas Di Premier Maleficent 2

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Sumpah Cantik Sangat Angelina Jolie Dalam Gaun Emas Di Premier Maleficent 2

Angelina Jolie adalah ratu karpet merah. Apa sahaja busana yang dipakai pasti kamera akan tertumpu kepadanya, walau sekadar bergaya ringkas tapi pasti akan ada statement yang memukau pandangan.

IKLAN

Tiba di tayangan perdana Maleficent: Mistress of Evil, aktres 40-an ini tampil paling glamor dengan gaun berbulu rambu ramba keemasan rekaan Ralph & Russo. Dipadankan bersama stiletto dan dangling earring, penampilan Angelina cukup manis dan berseri sekali.

Foto – Getty

Hadir bersama anak kesayangan Maddox dan Zahara, Angelina dilihat ceria dan sentiasa dalam mood yang baik. Dilaporkan, Maddox terbang dari Seoul semita-mata mahu menemani ibunya ke tayangan perdana ini.

Foto – Getty

Pada yang tidak tahu, Maddox sekarang sedang menuntut ilmu di Yonsei University, Korea Selatan dalam jurusan biokimia.

Foto – Getty

Baca : Video Angelina Jolie Hampir Menangis Nak Lepaskan Anak Maddox Sambung Belajar

IKLAN

Angelina Jolie ni bila masa je tak cantik. Dia ikon bibir tebal sejati okay!

Maleficent 2 akan memulakan tayangan di Malaysia pada minggu depan 16 Oktober 2019.