Review - Kecantikan

Dr.G R.E.D Blemish Clear Soothing Cream Rawat Masalah Kulit Jenis Sensitif

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Dr.G R.E.D Blemish Clear Soothing Cream Rawat Masalah Kulit Jenis Sensitif

Anda miliki jenis kulit yang mana satu? Kering? Berminyak? Kombinasi? Atau sensitif – acne prone?

IKLAN

Siapa yang miliki kulit sensitif, anda harus teliti dalam mencari produk yang sesuai. Kulit sensitif miliki reaksiyon yang cepat terhadap produk tertentu, bahan kimia dan cuaca tidak menentu. Rutin penjagaan kulit sensitif memerlukan lebih perhatian kerana terdapat banyak produk penjagaan wajah yang dijual boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sensitif. Biasanya kulit sensitif akan kelihatan merah, berjerawat, bahkan mengalami iritasi. Hal ini menyebabkan seseorang merasa tidak senang, sekaligus menjejaskan penampilan.

Foto – Pinterest

Sehinggalah penulis menemui dengan produk ajaib kelahiran negara Korea Selatan. Kita banyak mendengar tentang kebaikan produk negara sana yang rata-rata menggunakan bahan semulajadi tapi penulis masih belum mahu mencubanya… tapi produk yang satu ini berjaya membuka mata penulis.

Produk Jenama Dr.G

Perkenalkan Dr.G R.E.D Blemish Clear Soothing Cream, produk istimewa yang merawat masalah kulit sensitif. Siapa yang tidak familiar, ini pengenalan tentang produk jenama Dr.G. Dr.G adalah jenama kosmetik dermatologi no.1 di Korea yang dibangunkan ahli dermatologi dan pakar kulit yang berkemahiran tinggi melalui penyelidik saintifik yang terperinci.

Dr.G menjamin kulit yang sihat dan cantik dengan terus membangunkan produk yang selamat dan berkesan untuk pelbagai jenis kulit dan masalahnya. Dr.G adalah mentor kulit yang sempurna dengan kepakaran dalam sains dan penjagaan kulit yang membantu wanita di seluruh dunia untuk mencapai kulit yang cantik dan sihat.

R.E.D Blemish Clear Soothing Cream

R.E.D Blemish Clear Soothing Cream

Dalam banyak-banyak produk Dr.G, R.E.D Blemish Clear Soothing Cream mencuri perhatian penulis. Kenapa? Krim pelembap dengan tekstur gel ini membantu menenangkan dan menghidrat kulit sensitif. Formula ini memberi kesan menenangkan dengan segera sambil melembapkan kulit kering dan sensitif, lagi satu boleh digunakan sebagai topeng tidur. Produk terbukti secara klinikal ini berfungsi dengan baik terutama untuk kulit yang sensitif dengan kemerahan dan jerawat parah tanpa menyekat pori-pori, sekaligus merawat dan memulihkan keadaan kulit.

Kandungan Bahan Utama

Dirumuskan dengan 3-PHYTO Complex – Ekstrak tumbuhan dan sayur-sayuran seperti centella asiatica (daun pegaga), epal hijau dan enzim teh hijau (EGCG) berkesan dengan cepat untuk menenang dan melembapkan kulit tanpa kerengsaan.

Tekstur gel langsung tidak melekit dan meresap dengan cepat. Foto – Arkib Wanista

Wanista Guna

Berpeluang menggunakan krim pelembap ini, penulis suka kerana ia langsung tidak mengeluarkan sebarang bau – penulis kurang berkenan dengan produk yang ada bau. Tekstur gel melembap dengan baik dan langsung tidak melekit – jadi bila bawa ke tidur tidak rasa sememeh dan risau melekat di bantal kerana ia sangat meresap dan kering dengan cepat. Memandangkan penulis miliki kulit sensitif, bila dipakai ke muka ternyata tidak memberi reaksi tidak selesa, kemerahan dan merengsa – yang penting terasa nyaman dan selesa. Mengikut kepada pemerhatian, tiga minggu penggunaan secara berterusan sudah menampakkan perubahan – kurangnya kemerahan dan parut jerawat mula menghilang secara perlahan. Lagi pula bila dijadikan rutin harian, terus kulit wajah bak artis Korea.

Untuk info lanjut, anda boleh melawat pautan ini [SINI]. Jika ingin mencubanya, anda boleh dapatkan di semua Sasa Malaysia seluruh negara.

IKLAN