Resipi

Ni Cara Masak Nasi Goreng Paling Senang Di Dunia, Guna 3 Bahan Je…

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ni Cara Masak Nasi Goreng Paling Senang Di Dunia, Guna 3 Bahan Je…

Dah lama Wanista tak berkongsi resepi serba ringkas, mudah, dan mengenyangkan.

IKLAN

Hari ini, terasa nak makan nasi goreng. Tapi versi yang Wanista akan tunjuk adalah paling senang di muka bumi ini. Kenapa penulis kata senang, kerana ia hanya menggunakan TIGA bahan sahaja – nasi, telur dan daun bawang. Bukan yang dewasa sahaja boleh membuatnya, yang remaja pun boleh.

Foto – Youtube one meal a day

Resepi dari Youtube one meal a day ini bukan calang-calang, sehingga kini sudah mengumpul lebih 60 juta jumlah tontonan serata dunia. Rata-rata komen resepi ini mudah dan mengenyangkan, bahkan anak mereka yang picky eater dapat makan nasi goreng dengan penuh menyelerakan.

Tak nak cerita panjang, ini resepinya;

  • Nasi
  • Daun Bawang
  • Telur

Cara memasak

1. Hiris daun bawang selumatnya. Ambil semangkuk nasi dan telur dalam periuk. Pecahkan sebutir atau dua butir telur ke dalam nasi tadi. Dan adun sebati kesemuanya.

2. Panaskan minyak dan masukkan daun bawang tadi. Goreng sehingga naik bau. Bila dah naik bau, masukkan campuran nasi telur ke dalam kuali. Kacau rata. Nak bagi rasa lemak, masukkan mentega – sedikit sahaja. Selepas itu, kacau lagi. Akhirnya masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam sebagai perasa.

3. Siap dan sedia dimakan ketika masih panas lagi.

Video Masakan

Nampak sedapkan? Jika anda ingin rasa pedas, boleh masukkan cili padi supaya rasa lebih menyengat lagi.

Apapun selamat mencuba dan ingat ini stail orang Korea masak nasi goreng ye. Jangan nak complain!

IKLAN