Fesyen

Justin Bieber & Hailey Baldwin Tampil Sensual Dalam Kempen Calvin Klein

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Justin Bieber & Hailey Baldwin Tampil Sensual Dalam Kempen Calvin Klein

Masih lagi cerita tentang pasangan baru sahaja berkahwin, Justin Bieber dan Hailey Baldwin yang muncul dalam kempen pakaian dalam Calvin Klein.

IKLAN

Kali ini mereka berdua tampil sensual menonjolkan keserasian dengan adegan bercumbuan, gurauan, ranjang sambil hanya memakai pakaian dalam.

Foto – CALVIN KLEIN
Foto – CALVIN KLEIN

Klip video dimulakan dengan Hailey mengenakan set bra dan seluar dalam manakala Justin hanya memakai boxer sakan menayang badan sasa yang dipenuhi tatu. Seterusnya Justin memakai seluar panjang dan Hailey selesa dengan top dan skirt pendek, kedua mereka beraksi seksi tanpa segan silu malah menari dengan gembiranya di depan kamera.

Kempen meraikan ulang tahun Calvin Klein yang ke-50, turut dibintangi Kendall Jenner, Troye Sivan, ASAP Rocky dan ramai lagi.