Kulit sebersih, segebu, dan selembut bayi merupakan idaman setiap perempuan.
Tipulah jika anda tidak mempunyai impian sebegitu. Tapi masalahnya nak kulit bak bayi bukanlah mudah – dengan pencarian produk yang sesuai, pengambilan makanan tambahan untuk antibodi, rawatan facial laser bagi menghapuskan jerawat dan parut serta bermacam lagi benda yang meremehkan.
Bagi menolong anda semua, rangkaian Kose Cosmeport mengeluarkan barisan topeng muka Clear Turn yang diakui jawapan kepada kulit lembut dan bersih bagaikan bayi.
Berpeluang menggunakan topeng muka, ini beberapa yang penulis suka tentangnya…
Pembungkusan
Kebanyakan topeng muka meletakkan gambar wanita atau bahan produk tetapi jarang pula menggunakan gambar bayi. Tetapi lain pula untuk Kose Cosmeport Clear Turn Babyish Face Mask yang selesa menggunakan gambar bayi comel. Bila melihat bayi, kita sudah bayangkan kulit mereka yang lembut, mulus, gebu, bersih – yang membuatkan hati kita penuh gembira dan senang sekali. Bukan sahaja comel malah satu teknik pemasaran yang berkesan untuk menarik pengguna membelinya.
Kandungan Bahan
Dirumuskan dengan bahan penyejuk seperti Baby Mint dan Chamomile yang sangat lembut untuk kegunaan harian. Tersedia dalam 3 pilihan sheet mask, setiap satu mengandungi bahan tambahan untuk merawat setiap masalah kulit dan menjanjikan kesan sampingan yang lumayan.
Kose Babyish Moisturizing Mask
- Trehalose mengekalkan kelembapan kulit
- Hyaluronic Acid memberikan penghidratan yang kukuh
Kose Moisturizing Lustrous Mask
- Honey Glycerin memulihkan tahap kelembapan kulit
- Collagen untuk menegang dan mengetatkan kulit
Kose Babyish White Mask
- Formulasi dengan Vitamin C untuk seratakan tona kulit dan mencerahkan kulit
- Strawberry Geranium mengurangkan keradangan
Jika berminat nak mencuba, anda boleh dapatkan rangkaian sheet mask Kose Cosmeport ini di semua farmasi seluruh negara dengan harga RM23.90 setiap satu.