Siapa sanggup makan makanan yang sudah busuk, rosak, berulat apatah lagi bangkai! Tetapi di pelosok dunia terdapat pelbagai jenis makanan yang ezotik serta menjijikan menjadi hidangan lazat buat penduduk tempatan di situ. Sudahlah makanannya pelik dan jijik, cara menghasilannya pula boleh membuatkan perut tidak teringat menyentuh makanan selama seminggu!
Jika kamu melihat orang makan ulat pokok di anggap menjijikan, ini lebih teruk lagi! Makanan merupakan sumber tenaga untuk melangsungkan kehidupan tetapi bagi di sesetengah tempat makanan yang pelik, jijik dan ezotik menjadi identity bagi masyarakat, etnik dan budaya di tempat tersebut.
Ikuti 10 jenis makanan yang paling jijik dan mengerikan yang terdapat di pelosok dunia di bawah!
#1 Jantung Ular Kobra, Vietnam
Yup, jantung ular Kobra merupakan makanan ezotik masyarakat di Vietnam. Jantung ular yang paling berbisa di dunia ini digunakan sebagai menu makanan, apa yang mengerikan adalah ular tersebut di toreh secara hidup-hidup dan jantung tersebut di masukan ke dalam cawan! Urgh.
#2 Telur 100 Tahun, China
Apa kamu akan buat jika telur menjadi busuk, masak dan makan atau buang jauh-jauh? Di China, telur busuk menjadi salah satu makanan istimewa. Telur yang di kenali sebagai serratus tahun ini di saluti dengan tanah liat, lumpur dan garam yang kemudian di perap selama berbulan-bulan sehingga kuning telur bertukar menjadi hijau gelap dengan bau sulfur yang sangat busuk!
#3 Hakarl, Iceland
Hidangan misteri daripada Iceland ini sangat menjijikan, bayangkan ikan jerung di tempatkan dalam satu bumbung dan di tutupi dengan pasir dan batu yang kemudiannya di biarkan selama dua hingga tiga bulan! Selepas itu, ikan tersebut di potong dan di gantung sehingga kering selama beberapa bulan lagi. Dan barulah boleh di makan! melihat proses makanan ini sahaja sudah cukup memualkan tekak!
#4 Balut, Filipina
Nah ini salah satu lagi menu telur, tetapi bukan sembarangan telur ya, anak itik di dalam cengkerang telur yang masih lagi dalam fasa embryo di rebus secara hidup-hidup dan di makan bersamapen sos pencicah yang diperbuat daripada cili, bawang putih dan juga cuka. Anak itik yang telah cukup sifat dengan sayap dan bulu di makan sekaligus. Macam manalah mereka boleh terfikir buat menu telur yang macam ni?
#5 Sup Telur Putih, Laos
Sup merupakan menu biasa yang sering menjadi kegemaran ramai orang tetapi lain pula ceritanya di Laos di mana mereka menghasilkan sup yang diperbuat daripada telur semut!Ya telur semut, telur semut yang berwarna putih di masak untuk di jadikan sup. Malah di dalam sup tersebut di campur pula dengan anak-anak semut bagi menaikan rasa masam!
#6 Daging Buaya, Asia Tenggara
Kamu biasa dengan barangan berjenama yang menggunakan kulit buaya? Bagaimana pula dengan dagingnya, adakah kamu sanggup merasai daging ezotik tersebut? Di asia tenggara, terdapat beberapa buah negara yang memakan daging buaya dan sekaligus menjadikannya satu hidangan istimewa.
#7 Escamoles, Mexico
Jika di lihat dari jauh hidangan escamoles ini di lihat seperti salad bijirin, tetapi apabila di lihat secara dekat dan teliti ia merupakan telur larva! Hidangan menggunakan telur larva ini merupakan makanan istimewa masyarakat di Mexico. Malah larva-larva ini juga digunakan di dalam hidangan lain seperti taco, omelet atau di goreng sehingga garing.
#8 Otak Goreng Roti Sandwich, USA
Biasa dengar kentang goreng, ikan goreng, dan nasi goreng? Di USA terdapat otak goreng yang di jadikan sebagai inti untuk roti sandwich! Otak yang digunakan adalah daripada khinzir yang kemudiannya di goreng garing. Dalam banyak-banyak bahan untuk di jadikan inti roti, otak haiwan juga menjadi pilihan, pelik!
#9 Shirako, Jepun
Shirako sebuah nama hidangan yang bermaksud ‘kanak-kanak putih’, hidangan ini diperbuat daripada karung sperma ikan! Karung sperma ikan seperti ikan kod, ikan angler atau ikan puffer. Karung sperma ikan yang berwarna putih ini menjadi pilihan makanan ezotik di Jepun.
#10 Muktuk, Greenland
Muktuk merupakan daging ikan paus yang di sejuk bekukan, hidangan ini biasa di makan secara mentah ataupun di jadikan jeruk. Tak boleh bayang daging ikan paus yang di potong kecil-kecil di makan secara mentah, euww!
Memang kembang tekak melihat pelbagai jenis makanan yang pelik, jijik dan ezotik ini. Siapa sangka di pelosok dunia terdapat makanan-makanan seperti ini!