Fesyen

Penampilan Meghan Markle Yang Sopan Dilabel Sebagai Ikon Fesyen Beretika!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Penampilan Meghan Markle Yang Sopan Dilabel Sebagai Ikon Fesyen Beretika!

Duchess of Sussex, Meghan Markle kini mendapat gelaran sebagai ikon fesyen yang beretika. Lihat saja setiap pakaian yang dipakainya mengikut tradisi sesebuah tempat yang dikunjunginya. Bukan saja dari aspek pemakaian, malah tingkah laku serta tatatertib Meghan Markle sendiri sangat sopan dan bersifat ‘down to earth’ sangat-sangat. Jadi tidak hairanlah Duchess of Sessex ini mendapat gelaran fesyen ikon yang beretika!

IKLAN

Meghan Markle sangat menitik beratkan gaya penampilannya walau ke di mana sahaja beliau kunjungi atau lawati dan ini menunjukan betapa pentingnya etika tatatertib kepada Meghan Markle serta sekaligus menunjukan bahawa dirinya sangat menghormati budaya serta tradisi tempat yang di lawatinya.

Foto – Yahoo Style UK

Nah, berikut merupakan beberapa penampilan Meghan Markle yang sopan dalam setiap acara mahupun lawatan yang di kunjunginya!

Gaun Berwarna Hitam Putih Malawi

Foto – Getty Images

Meghan Markle mengenakan gaun berwarna hitam putih yang bercorak daripada jenama Myamiko. Jenama tersebut merupakan salah satu jenama tempatan di Malawi. Gaun dari jenama tempatan ini membuatkan aura bangsawan terserlah ayu dan menawan.

Fesyen Belt Shirtdress Jenama Room 502

Foto – Fashionista

Untuk ke majlis amal antarabangsa Action Aid pada 1 Oktober lalu, Meghan Markle telah memakai belt shirtdress berwarna hijau. Dress yang sopan tersebut merupakan keluaran dari jenama Room 502, rekaan baju tersebut menepati citarasa Duchess of Sussex untuk menghadiri majlis amal tersebut.

Maxi Dress & Selendang Menjadi Pilihan Semasa Melawat Masjid!

Foto – Daily Mail

Pada 24 September lepas, Meghan Markle telah mengenakan maxi dress berwarna hijau zaitun dari jenama ‘Millie dress’ bersamaselendang kepala semasa melawat masjid Auwal. Dan reaksi masyarakat di seluruh dunia memuji Duchess of Sussex yang seorang yang sopan, penuh tatatertib dan menghormati tradisi, budaya serta agama lain.

Sebiru Langit Cerah, Gaun Veronica Menjadi Pilihan

Foto – Elle

Pasti ramai yang tidak melupakan gaun biru Veronica Beard yang di pakai oleh Meghan Markle semasa dirinya dan Putera Harry mengikuti lawatan panjang di Tonga tahun lepas! Gaun biru yang di gayakan oleh Meghan membuatkan diri seperti kembali di usia remaja. Tampak manis dan ayu apabila bergandingan tangan Bersama suami tercinta.

Setiap pakaian yang di pakai oleh Meghan Markle cukup sopan dan penuh bergaya menampilkan ciri-ciri bangsawan yang penuh dengan nilai etika serta adab tatatertib yang sopan dan santun. Pasti ramai lepas ini akan memakai dress seperti Duchess of Sussex! Ya lah siapa yang tidak mahu kelihatan ayu dan menawan dalam berfesyenkan!

IKLAN