Kesihatan

Kamu Suka Makan Laju-Laju? Ini Keburukan Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Kamu Suka Makan Laju-Laju? Ini Keburukan Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Sesetengah individu memiliki tabiat makan secara laju-laju atau gelojoh, mungkin dek kerana terdapat faktor-faktor tertentu seperti terkejar masa untuk ke tempat kerja, terpaksa menyiapkan tugasan dengan pantas dan pelbagai sebab musabab yang lain.

IKLAN

Tetapi kamu tahu tak makan secara laju-laju mempunyai risiko terhadap kesihatan diri dan kesannya akan dapat di lihat pada jangka masa Panjang nanti. Mahukah kamu melihat diri yang tidak bermaya dan tidak sihat di usia tua dek kerana gara-gara tabiat makan secara laju-laju.

Foto – aminoapps.com

Ikuti penjelasan dari sudut pakar kesihatan dan mengapa ianya penting untuk di ketahui serta apakah cara terbaik untuk mengamalkan gaya pemakanan yang bagus dan sihat.

Kajian Pakar

Foto – My Medical Mantra

Menurut laporan yang di keluarkan oleh Associated Press of Pakistan (APP), cara makan seseorang individu sama ada laju mahupun perlahan boleh menentukan sama ada individu tersebut menghidap penyakit jantung, strok ataupun diabetes.

Manakala pada tahun 2008, satu pasukan daripada Universiti Hiroshima, Jepun menjalankan kajian terhadap 642 lelaki dan 441 wanita dengan usia purata 51.2 tahun yang tiada sebarang sindrom metabolik.

Foto – psycom.net

Kajian yang dijalankan mendapati, individu yang makan secara laju lebih cenderung mengalami sindrom metabolik dengan jumlah peratusan 11.6 peratus. Berbanding individu yang makan secara biasa mempunyai 6.5 peratus dan individu yang makan secara perlahan pula menunjukan 2.3 peratus kadar sindrom metabolik.

Makan secara laju juga dikaitkan dengan peningkatan masalah kesihatan lain seperti berat badan bertambah, pinggan menjadi lebih besar dan glukosa dalam darah menjadi lebih tinggi. Oleh itu, penting untuk kamu mengambil berat betapa pentingnya cara makan yang baik agar masalah kesihatan sebegini dapat di elakkan.

Ubah Cara Makan

Tahu tak sebenarnya dengan mengunyah makanan secara perlahan boleh membuatkan otak kita untuk menerima isyarat kenyang. Ini bermaksud kamu akan berhenti makan sebelum kekenyangan. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W juga telah berpesan makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Nah, kajian saintifik sendiri telah memberi bukti bagi menyokong kenyataan yang telah di berikan oleh junjungan besar Nabi.

Foto – thedailymeal.com

Bagi individu yang cenderung mengunyah makanan secara laju, kamu akan berasa kerap lapar dan akan makan dengan lebih banyak di mana tabiat ini memberikan kesan yang tidak bagus bagi kesihatan diri.

IKLAN

Makan Secara Seimbang Dan Berhemah

Menurut American Heart Association, makan secara seimbang adalah penting bagi menjamin keseimbangan kesihatan tubuh badan. Dan terdapat beberapa jenis sumber makanan di sarankan untuk makan bagi mengelakan masalah sindrom metabolik, antaranya:

  • Bijirin
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Tenusu
  • Ikan
  • Daging
  • Ayam
Foto – Abbott Family

Selain menjaga diet pemakanan yang seimbang, kamu juga perlu bersenam agar tubuh badan kekal aktif dan sihat. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kamu perlu ubah cara makan dan ikuti jadual pemakanan secara seimbang agar di hari tua kelak, kamu tidak mengalami masalah-masalah kesihatan.

Justeru itu, cara makan yang normal akan membawa diri kamu ke pintu kesihatan yang lebih baik berbanding cara makan secara laju. Dan ingat setiap apa sahaja yang dilakukan pasti mempunyai kesan terhadap tertentu. Oleh itu, sayangi diri dengan mengubah cara makan agar hidup lebih sihat dan cergas.

Rujukan : 1, 2, 3, 4