Fesyen

Coach x Michael B.Jordan Kombinasi Fesyen & Animasi Naruto

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Coach x Michael B.Jordan Kombinasi Fesyen & Animasi Naruto

Coach melancarkan kolaborasi kreatif yang unik yang dikenali sebagai Coach x Michael B.Jordan. Kolaborasi kreatif ini merupakan yang pertama kali lakukan bersama Michael B.Jordan yang merupakan seorang pelakon, producer dan merupakan muka depan untuk jenama pakaian lelaki terkenal Coach.

IKLAN

Menariknya untuk koleksi fesyen Coach kali ini, mengambil sumber inspirasi minat Michael terhadap cerita animasi terkenal dari Jepun iaitu Naruto bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Menerusi kombinasi unik ini terhasillah koleksi seperti pakaian, seluar, beg dan kasut berinspirasikan dari cerita Naruto. Hasil kolaborasi ini mendapat pimpinan eksklusif daripada Pengarah Kreatif Coach iaitu Stuart Vevers.

Foto – Coach x Michael B.Jordan
Foto – Coach x Michael B.Jordan

Setiap koleksi produk yang dihasilkan mempunyai trademark ‘mata’ seperti yang terdapat dalam siri animasi Naruto. Bukan itu saja, dari pakaian sehinggalah ke beg dan kasut, setiap produk menampilkan elemen daripada karakter di dalam cerita Naruto. Sememangnya memberi kelainan dan inspirasi segar bagi jenama terkemuka seperti Coach ini.

Foto – Coach x Michael B.Jordan
Foto – Coach x Michael B.Jordan

Sempena pelancaran koleksi terbaru ini, Coach mengeluarkan kempen dengan focus nilai serta hasil tangan Bersama Jordan dalam bentuk kemahiran sinemetik dan juga ikonik mistik Naruto.

Bekerja Bersama Mike merupakan pengalaman yang sangat bernilai. Mike merupakan seorang kolaborasi yang sangat hebat kerana setiap apa yang dilakukan sangat berdedikasi dan sentiasa memberikan yang terbaik.

Mike juga memberi sesuatu yang asli menerusi koleksi peribadinya sendiri. – Jelas Staurt Vevers

Foto – Coach x Michael B.Jordan
Foto – Coach x Michael B.Jordan

Jordan yang merupakan hero filem Black Panther ini bekerjasama bekerjasama dengan pengarah Rachel Morrison yang merupakan pengarah photografi bagi filem tersebut bersama-sama bekerjasama menjayakan photografi sinemetik untuk kempen koleksi kolaborasi Caoch x Michael B.Jordan.

Dengan nama saya yang terdapat pada koleksi ini, ianya sangat penting untuk setiap rekaan mewakili saya dalam mempengaruhi budaya dan komuniti.

Setiap rekaan yang saya lihat, di pakai oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat dengan rasa bangga.

IKLAN

Dengan segala aspek kerja saya, koleksi ini akan memberikan persepsi segar dan unik dalam menyuarakan pandangan masa hadapan.

Terus melebarkan sayap dalam dunia fesyen merupakan satu hadiah yang diluar jangkaan saya. Saya sangat berterima kasih kepada Stuart dan Coach kerana memberikan saya peluang dan pengalaman dalam koleksi ini dan saya sangat-sangat berbangga. – Jelas Micheal B.Jordan

Foto – Coach x Michael B.Jordan
Foto – Coach x Michael B.Jordan

Caoch juga menyambut koleksi tersebut secara global di Jepun, Malaysia dan juga United States. Kesemua koleksi Coach x Micheal B.Jordan akan mula berada di stor Coach bermula 7 Oktober 2019 ini nanti.