Keibubapaan

Bagaimana Berlakunya Fasa Pregnancy Glow Dan Apa Pula Penyebabnya?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Bagaimana Berlakunya Fasa Pregnancy Glow Dan Apa Pula Penyebabnya?

Semasa hamil tubuh badan wanita akan mengalami perubahan yang besar disebabkan oleh peningkatan hormon yang terdapat di dalam tubuh badan. Biasanya wanita hamil bukan sahaja akan mengalami masalah seperti muntah-muntah, pening, loya dan kaki bengkak.

IKLAN

Malah wanita hamil juga akan mengalami fasa ‘pregnancy glow’ di mana kulit wanita hamil akan kelihatan bersinar, kulit menjadi berseri, rambut lebat berkilat dan bibir kelihatan penuh dan menggiurkan.

Pakar perubatan dan kesihatan menyatakan fenomena fasa pregnancy glow ini adalah benar dan bukannya mitos seperti mana orang ramai sangkakan.

Kenali Apa Itu Pregnancy Glow

Pregnancy glow merupakan sebuah fasa yang di lalui dalam kehidupan wanita hamil, fasa ini akan mengubah kulit wajah menjadi licin, kelihatan bersinar dan sihat dalam setiap aspek. Wajah wanita hamil akan kelihatan berseri dan bersinar kerana peningkatan perjalanan darah dalam saluran darah di dalam tubuh badan.

Foto – Pinterest

Dan apabila perjalanan darah di dalam saluran darah sampai di bahagian wajah, ia akan membuatkan wajah berseri kemerah-merahan. Bukan itu sahaja, sel-sel kulit juga akan berubah baru dan tubuh menjadi berisi. Dengan kulit yang sihat berisi dengan sedikit kemerah-merahan, rambut yang sihat, bibir yang penuh berisi dan menggiurkan serta mata yang bersinar ia di kenali sebagai pregnancy glow. 

Apa Yang Menyebabkan Fenomena ‘Glow’ Dalam Kehamilan?

Foto – Momtastic

Pasti ramai wanita-wanita hamil tertanya-tanya bagaimana fenomena sebegini boleh berlaku dan apa pula penyebab berlakunya fasa ini. Terdapat banyak factor yang perlu di ambil kira seperti perubahan psikologi yang berlaku keatas tubuh badan wanita hamil. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa sebab atau factor lain yang menyebabkan berlakunya pregnancy glow ini.

Peningkatan Hormon

Hormon yang meningkat naik dikenali sebagai Human Chorionic Gonadotropin (HCD) dan hormon progesterone yang di keluarkan di dalam badan akan memberi tindak balas terhadap penghasilan minyak yang berlebihan daripada kelenjar sebum. Dan di sebabkan hormon tindak balas hormon inilah, wajah wanita hamil akan kelihatan sinar berseri.

Peningkatan Jumlah Darah

Apabila wanita berada dalam fasa kehamilan, penghasilan darah dalam tubuh badan akan meningkat sebanyak 50%. Dan oleh kerana penghasilan jumlah darah yang meningkat dan berjalan dengan lancer dalam saluran darah ia memberi kesan kemerah-merahan pada wajah dan sekaligus membuatkan wajah kelihatan sihat dan bersinar.

Kulit Menjadi Regang

Selain penghasilan jumlah darah yang banyak dan juga perubahan hormon, wanita hamil juga akan mendapati kulit mereka akan mula menjadi regang dan ini akan menyebabkan mulanya berlaku kedutan awal dan juga kulit mula menjadi lembut.

IKLAN

Berpeluh

Semasa mengandung, suhu tubuh wanita hamil akan meningkat naik daripada biasa dan ini berlaku kerana factor peningkatan jumlah penghasilan darah dan juga berat badan. Oleh kerana factor ini, wanita hamil akan kerap berpeluh dan apabila berpeluh segala bendasing yang terkurung dalam liang pori keluar dan menjadikan liang pori dan kulit menjadi bersih serta lebih bersinar.

Lembap

Semasa mengandung, kulit wanita hamil akan menjadi lembap dan lembut ini terjadi kerana pada fasa tersebut kulit wanita mengandungi terlalu banyak kelembapan.

Mental Yang Sihat Dan Gembira

Keadaan mental memainkan peranan penting, apabila emosi wanita hamil dalam keadaan yang gembira, perasaan bahagia tersebut akan terpancar di wajah dan menjadikan ia kelihatan bersinar serta berseri-seri.

Foto – Pinterest

Bila Gelaja Pregnancy Glow Ini Bermula?

Gejala pregnancy glow ini berlaku pada permulaan trimester kehamilan dan bermula dari situ bermulalah peningkatan hormon dan perubahan-perubahan lain berlaku ke atas tubuh badan wanita hamil. Tetapi untuk pengetahuan bakal-bakal ibu sekalian, bukan semua wanita hamil mengalami gejala pregnancy glow ini. Oleh itu jangan terkejut jika fasa ini tidak berlaku ke atas diri masing-masing.

Foto – Pinterest

Gelaja pregnancy glow ini akan membuatkan tubuh badan wanita hamil menghasilkan minyak yang berlebihan dan sekaligus menjadikan wajah berkilat dan bersinar. Tetapi oleh kerana lebihan minyak yang keluar ia juga akan mengakibatkan masalah jerawat pada wajah. Wanita hamil juga kadang kala mengalami masalah kulit seperti melasma atau lebih dikenali sebagai ‘pregnancy mask’ yang akan memberikan wajah kelihatan seperti topeng berwarna kecoklatan.

Pregnancy mask ini terjadi kerana berlakunya hyper-pigmentasi di mana kombinasi diantara cahaya matahari dan perubahan hormon di dalam tubuh badan.

Tips Untuk Kekalkan Pregnancy Glow

Foto – Pinterest

Banyakan Minum Air

Untuk kekalkan pregnancy glow ini apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa kekal terhidrat dengan erti kata lain banyakan minum air. Kerana air akan membekalkan kulit kekal lembap dan kulit menjadi sihat bersinar semasa fasa kehamilan.

Cuci Wajah

Untuk mengelakkan masalah jerawat berlaku dek kerana penghasilan sebum minyak yang berlebihan pada wajah semasa fasa kehamilan, bakal ibu harus mencuci wajah dua kali sehari untuk mengelakan masalah jerawat pada wajah.

Banyakan Berehat

Wanita hamil perlu banyakan berehat, seperti mana pentingnya waktu tidur begitu jugalah waktu rehat di perlukan untuk wanita hamil. ini kerana wanita hamil tidak boleh berasa tertekan mahupun berasa penat. Justeru itu, langkah terbaik adalah dengan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup supaya mental dan fizikal menjadi segar, sihat dan bersinar.

Bersenam

Semasa fasa kehamilan, para ibu-ibu di galakan untuk melakukan senaman untuk mengekalkan pregnancy glow dan juga mendapatkan kesihatan tubuh badan yang baik.

Elak Merokok Dan Minuman Beralkohol

Semasa mengandung elakkan dari melakukan aktiviti merokok mahupun mendekati individu yang menghisap rokok serta jangan mengambil sebarang minuman yang beralkohol kerana dua perkara ini akan mengakibatkan kulit kamu menjadi pudar, tidak sihat dan tidak bermaya.

Foto – copyspace

Kepada mother-to-be di harap informasi yang dikongsikan kali ini  memberi manfaat yang berguna dan nikmati saat-saat indah menjadi seorang ibu dengan bangga dan gembira!