Kini telah masuk awal bulan 10, pejam celik kita semua telah berada di hujung tahun dan tidak lama lagi sekolah juga akan memasuki fasa bercuti. Bagi anda sekeluarga yang ingin merancang untuk bercuti dan berjalan-jalan bersama ahli keluarga, anda boleh menghabiskan masa di LEGOLAND® Malaysia Resort.
Kini di LEGOLAND® Malaysia Resort sedang menjalankan promosi serta tawaran hebat sempena sambutan Halloween! Dan sempena menjadikan sambutan Halloween menjadi lebih meriah dan gempak, LEGOLAND® menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) untuk memberikan pengalaman Halloween yang tidak boleh dilupakan buat anda sekeluarga.
Penggunaan teknologi canggih ini di tempatkan di dalam Hidden Sides Haunted School Bus, di mana bas tersebut akan di letakkan di kawasan permulaan LEGOLAND® Theme Park. Anda sekeluarga dapat bersama-sama berseronok dan menangkap hantu LEGO menerusi platform AR dengan set binaan LEGO.
Tarikan berteknologi tinggi edisi terhad ini sekaligus memperkenalkan jenama terbaru iaitu LEGO Hidden Sides yang menghimpun tiga jenis permainan iaitu binaan permainan klasik, permainan teknologi dan permainan AR.
Tawaran Hebat Sempena Sambutan Halloween!
Bagi peminat Trick-or-Treat anda harus mengunjungi Knock-Knock Alley di mana di situ terdapat pelbagai karakter LEGO yang menarik di samping dapat mengumpul treats yang terbaik dari pintu ke pintu dan menjelajah dunia Halloween!
Bukan itu sahaja, terdapat perbagai aktiviti Halloween yang menarik diadakan di dalam taman hiburan ini antaranya:
- Frankie’s Haunted Hoedown – Merupakan parti Halloween terbesar dalam pekan dengan karakter seperti Frankenstein, puntianak dan ahli sihir di jemput. Oleh itu, bawa ahli keluarga untuk Bersama-sama menyambut hari Halloween di sini!
- LEGO Friends Halloween Special – Bertemu LEGO Friends menerusi persembahan LIVE mereka yang cukup bertenaga dengan kostum Halloween yang gempak!
- Brick-or-Treat Aktiviti Berpasukan – Bantu scarecrows membina labu LEGO untuk menampal buah labu tersebut dan sekaligus menakutkan hantu dan semangat jahat!
- SEA LIFE Berhantu – Kawasan perlindungan marin kini berhantu! Bantu penjaga SEA LIFE mencari dan menangkap kesemua 8 hantu di dalam SEA LIFE Malaysia dan anda berpeluang memenangi hadiah istimewa!
Promosi Sepanjang Bulan Halloween
LEGOLAND® Malaysia Resort kini menawarkan promosi hebat bermula daripada 1 Oktober 2019 sehingga 3 November 2019. Antara promosi yang diadakan pada sepanjang bulan Halloween ini adalah:
- Potongan diskaun sebanyak 50% untuk tiket sehari apabila pemegang Annual Pass membawa rakan-rakan mengunjungi LEGOLAND® Malaysia Resort bagi sambutan hari Halloween.
- Kanak-kanak yang berpakaian kostum Halloween dapat masuk secara percuma apabila di temani dengan orang dewasa yang memiliki tiket dengan harga penuh.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang tawaran hebat yang di tawarkan oleh LEGOLAND, anda boleh melayari laman web rasmi LEGOLAND atau melawat laman social seperti Facebook dan Instagram.