Fesyen

Comel! Balenciaga Keluarkan Beg Tangan Hello Kitty Tapi Untuk Lelaki

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Comel! Balenciaga Keluarkan Beg Tangan Hello Kitty Tapi Untuk Lelaki

Hello Kitty dikaitkan dengan budak perempuan, bila yang dewasa masih ‘layan’ Hello Kitty, pasti akan ada satu pandangan serong terhadapnya. Setuju tak? Lagi pula kalau tiba-tiba si lelaki yang mengenakan ikon kucing comel itu dalam fesyen hariannya.

IKLAN

Lari dari konteks tradisional, label mewah Balenciaga yang kerap mencipta kontroversi lagi sekali mencuri perhatian. Kali ini, melahirkan koleksi beg tangan inspirasi Hello Kitty pula. Yang mencetus perbualan apabila beg Hello Kitty tersebut direka untuk kaum lelaki, bahkan antara seleksi untuk koleksi lelaki musim akan datang.

Foto – Arkib Wanista

Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu merah jambu, putih dan hitam, beg tangan yang dijinjing oleh para model lelaki bukan biasa-biasa rekaannya. Beg kulit siap dengan rekaan Hello Kitty dan butiran reben besar berwarna merah yang merupakan simbol Hello Kitty.

Foto – Hypebae

Cukup unik perincian beg Hello Kitty keluaran Balenciaga ini. Tapi apa kata anda lelaki yang membawa beg sebegini?