IKEA menggesa semua pelanggan yang telah membeli lapik dada MATVRA warna biru dan merah 2 helai untuk berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA bagi mendapatkan gentian produk lain atau bayaran penuh. IKEA sangat menitik beratkan keselamatan produk secara serius, semua produk IKEA telah diuji dan mematuhi piawaian dan perundangan yang diguna pakai.
Walaubagaimanapun, IKEA telah menerima laporan bahawa butang pada lapik dada MATVRA telah tertanggal dan ini boleh mengakibatkan bahaya tercekik. Meskipun begitu, tiada insiden seumpamanya dilaporkan di Malaysia.
Justeru itu, pihak IKEA menggesa kepada semua pelanggan yang membeli lapik dada MATVRA warna biru dan merah 2 helai ini dikembalikan ke gedung IKEA dan dapatkan bayaran balik secara penuh atau mendapatkan produk yang sama. Bukit pembelian (resit) tidak diperlukan.
Pengurus Kawasan Perniagaan IKEA di Sweden, Emelie Knoester menerangkan mengenai isu lapik dada MATVRA warna biru dan merah.
Kami menyedari bahawa terdapat risiko butang tertanggal jika kanak-kanak mencabutnya. Keselamatan pelanggan ialah keutamaan teratas bagi IKEA. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga kami memilih untuk memanggil balik lapik dada kanak-kanak biru/merah 2 helai MATVRA.
Lapik dada daripada nama yang sama MATVRA dengan corak buah-buahan, sayur-sayuran, dengan warna hijau dan kuning adalah selamat digunakan kerana ia buatan bahan dan reka bentuk yangberbeza. – Jelas Emelie Knoester
Lapik dada kanak-kanak MATVRA warna biru dan merah 2 helai boleh dikembalikan di mana-mana gedung IKEA untuk dapatkan semula bayaran penuh atau produk gentian. Bukit pembelian (resit) tidak diperlukan. Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan di 03-7952 7575.