Cinta & Perhubungan

7 Warna Alam Yang Popular Sebagai Warna Tema Majlis Perkahwinan 2019

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
7 Warna Alam Yang Popular Sebagai Warna Tema Majlis Perkahwinan 2019

Menanti hari bahagia buat sang mempelai pastinya cukup mendebarkan, debaran yang dirasai pastinya membuatkan jantung berdegup dengan kencang. Sang mempelai atau bakal pengantin pasti cukup sibuk dengan pelbagai tugasan sebelum tarikh majlis perkahwinan. Dari urusan memilih barangan hantaran, pelamin, meja makan, makanan, dekorasi sehinggalah ke warna tema.

IKLAN

Pemilihan warna tema sering menjadi masalah buat bakal pengantin, mana tidaknya dengan kepelbagaian warna yang terdapat kini, membuatkan mata menjadi rambang dan keliru untuk memilih! Dan paling penting kedua-dua pasangan menyukai warna tema yang di pilih.

Foto – mediahiburan.my

Almaklum, pemilihan warna tema memainkan peranan yang penting pada hari bersejarah. Ya lah, bakal pengantin mana yang tidak mahu majlis mereka di ingati bukan. Dan setiap pasangan pengantin pastinya mengimpikan majlis perkahwinan mereka menjadi moment abadi yang terindah dalam kehidupan mereka.

Foto – Pinterest

Tahun ini, pasti ramai bakal pengantin sedang pening kepala mencari warna tema untuk majlis sehari bukan. Penulis melihat tahun ini pelbagai warna-warna tema yang berinspirasikan daripada warna-warna floral menjadi pilihan ramai bakal pengantin dan warna-warna floral ini juga di lihat sesuai dengan masyarakat melayu.

Merah Mawar

Foto – Pinterest

Warna merah mawar ini memberikan suasana romantik dan elegan. Dengan pemilihan warna dekorasi yang bertepatan dan bersesuaian, pastinya majlis resepsi menjadi lebih indah serta bermakna.

Tambahan lagi penggunaan warna merah mawar sebagai warna tema perkahwinan juga melambangkan maksud ‘Aku Cinta Kamu’, warna-warna cinta ini juga memberikan gambaran hormat, kagum dan keinginan sang mempelai. Justeru itu, warna merah mawar ini merupakan salah satu warna tema yang boleh di pilih untuk majlis resepsi pada tahun ini.

Lavender Dusty Blue

Foto – Pinterest

Bagi bakal pengantin yang inginkan warna-warna tenang, damai dan sejuk pemilihan warna seperti dusty blue bagi majlis resepsi akan memberikan impak ruang yang luas dan menenangkan. Tambahan lagi warna dusty blue ini juga akan menjadikan suasana majlis perkahwinan seolah-olah berada di gerbang mahligai syurga!

Lilac Merah Jambu

Foto Pinterest

Bagi pasangan yang mengimpikan majlis perkahwinan bak tuan puteri, warna merah jambu lembut ini pastinya menjadi pilihan sang mempelai. Warna-warna lembut ini akan memberikan suasana majlis menjadi harmoni dan lembut umpama menggambarkan perasaan sang mempelai yang inginkan kelembutan dan menawan.

Dengan pemilihan dekorasi mengikut warna tema pastinya memberikan kesan visual yang luar biasa. Siapa kata warna merah jambu tidak sesuai di jadikan sebagai warna tema majlis perkahwinan. Semuanya bisa di atur yang paling penting, tuan empunya majlis menyukai pilihan warna tema majlis tersebut.

IKLAN

Ungu Orkid

Foto – Pinterest

Warna ungu orkid merupakan salah satu warna popular tahun ini, warna ungu orkid yang menampilkan elemen mewah, bangsawan, mistik dan kekuatan spiritual yang mendalam. Penggunaan warna ungu orkid ini bakal memberikan suasana magis dan keajaiban untuk majlis perkahwinan tahun ini.

Tambahan lagi, warna ungu juga melambangkan kepercayaan dan perkembangan perjalanan masa depan yang cerah. Pastinya eleman warna-warna sebegini menjadi aspek utama buat sang pengantin dan ianya umpama harapan buat sang pengantin agar dapat menjalani bahtera perkahwinan yang aman, damai serta harmoni sehingga akhir hayat!

Coklat Gelap

Foto – Pinterest

Warna coklat gelap merupakan warna elemen bumi, warna-warna seperti ini memberi elemen dominasi, kesegaran, aman, hangat dan nyaman. Pemilihan warna coklat gelap untuk majlis perkahwinan akan berikan suasana majlis yang mewah dan moden.

Bagi masyarakat melayu yang inginkan sentuhan tradisional dan kontemporari, warna coklat gelap merupakan pilihan tepat untuk sang pengantin jadikan sebagai warna tema perkahwinan meraka. Warna unsur-unsur bumi ini pastinya akan menjadikan majlis perkahwinan perhatian dan tumpuan ramai semasa majlis nanti!

Hijau Zamrud

Foto – Pinterest

Warna hijau zamrud atau emerald cukup menarik perhatian, warna bersumberkan alam semula jadi ini memberikan suasana segar, damai dan kekuatan sering menjadi pilihan sang mempelai. Tambahan lagi, penggunaan warna hijau zamrud ini juga akan menjadi lebih menawan dengan penggunaan elemen warna kontra seperti putih bagi menaikkan seri dan warna tema majlis.

Warna-warna seperti ini juga sering menjadi pilihan masyarakat melayu dalam memberikan imej majlis yang segar, tenang dan melambangkan kesucian hubungan sang pengantin.

Hijau PudinaKeemasan

Foto – Pinterest

Bagi yang ingin mencari kelainan untuk warna tema majlis, warna hijau pudina dan keemasan mungkin bisa tersenarai dalam senarai warna tema majlis. Warna hijau pudina yang lembut di sokong dengan warna kontra warna keemasan yang terang memberikan elemen lembut dan segar yang unik dan harmonis.

Selain itu, pemilihan rona warna hijau pudina ini memberikan elemen eksklusif dan elegan, di tambah pula dengan gabungan warna keemasan yang memberikan sentimen mewah dan klasik. 

Jadi dah pilih warna tema majlis perkahwinan tahun ini? Jika belum, cuba lihat seleksi warna tema yang penulis kongsikan di atas. Di harap maklumat yang di kongsikan memberi sedikit pencerahan buat sang mempelai dalam mencari warna tema majlis perkahwinan yang di ingini!