Fesyen

Netizen Tergamam Melihat Kecantikan Lisa Blackpink Seperti Barbie Doll!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Netizen Tergamam Melihat Kecantikan Lisa Blackpink Seperti Barbie Doll!

Baru-baru ini Lisa Blackpink menghadiri pertunjukan fesyen Celine di Perancis sempena minggu fesyen 2019. Melihat wajah serta aura Lisa semasa pertunjukan fesyen tersebut membuatkan ramai peminat Lisa Blackpink tergamam dan terkejut melihat kecantikan semula jadi Lisa sekaligus memberi gelaran ‘Barbie Doll’ kepada Lisa.

IKLAN
Foto – blackpinkupdate.com

Bukan saja wajah serta aura yang di tampilkan berbeza semasa minggu fesyen tersebut, malah penampilan Lisa jauh berbeza dengan gaya penampilan Korea yang sering di bawanya. Kali ini Lisa menampilkan sisi segar yang berbeza dengan permilihan fesyen yang di kenakan sempena minggu fesyen di Paris.

Rata-rata ramai netizen menyukai penampilan fesyen Lisa yang terbaru ini kerana ia memberikan vibe yang segar seperti patung barbie juga!

Foto – blackpinkupdate.com

Dan ada juga peminat yang menyatakan Lisa kelihatan seperti pelakon antarabangsa terkenal iaitu Angelina Jolie! Sampai begitu sekali peminat Lisa memberi gambaran ya.

Nah berikut adalah fesyen Lisa Blackpink yang lain daripada stail Korea yang di bawanya.

Wajah Persis Patung Barbie!

Melihat penampilan dan wajah cantik semula jadi lihat yang seperti patung ini, memang sesuai sangat dengan gelaran “Barbie Doll” yang diberi oleh netizen dan peminat-peminat Lisa!

Foto – Instagram
Foto – Instagram

Siapa yang tidak terpegunkan, melihat Lisa dari hari ke sehari semakin jelita dan aura luar biasanya semakin terserlah dan memberi impak tanpa kita semua sedar!

Lisa Persis Angelina Jolie Pula?

Foto – Arkib Wanista
Ada pula peminat Lisa yang menyatakan wajah Lisa persis pelakon antarabangsa terkenal Angelina Jolie. Wah, sampai begitu sekali penangan aura Lisa ni.
Foto – Instagram

Bagaimana anda setuju tak, yang Lisa Black Pink ini persis pelakon antarabangsa terkenal Angelina Jolie?

Fesyen Lisa Tampil Segar Dengan Imej Baru

Lisa mengenakan baju turtle neck berwarna putih yang di padankan dengan skirt labuh berkilat yang berwarna hitam yang kemudian di padankan dengan kasut but tinggi yang berwarna hitam. Gaya fesyen sebegini memberikan imej ala-ala American-Country-Girl gitu! Jauh berbeza dengan penampilan Korea yang sering digayakan oleh Lisa. Nampaknya Lisa pakai apa pun memang sesuai dan sepadan sangat!

IKLAN
Foto – blackpinkupdate.com

Kasut Boot Menjadi Pilihan Lisa

Sempena pertunjukan fesyen Celine yang diadakan di Paris, Perancis ini Lisa menjadikan kasut boot sebagai pilihan utamanya. Lihat saja setiap pemakaian Lisa pasti di gandingkan dengan kasut boot kulit berwarna hitam ini!

Foto – Instagram

Lisa pakailah fesyen macam mana pun, tetap kelihatan cantik dan menawan. Serta punya aura dan identiti unik yang tersendiri! “Let’s kill this love!”