Tukar ganti telefon pintar boleh dilihat semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat hari ini, sama ada yang dewasa atau masih remaja. Namun, bukan semuanya mampu untuk memiliki telefon pintar berkualiti yang spesifikasinya tiptop seperti gadget berharga RM2,000 ke atas, betul tak?
Namakan sahaja pelbagai jenama di pasaran yang rata-rata berharga puluhan ribu yang sampaikan ada gurauan seperti “perlu menjual buah pinggang” semata-mata mahu miliki peranti kegemaran atau sekadar mahu mengikut trend walhal spesifikasi tidaklah semegah mana.
Percaya tak jikalau penulis canangkan bahawa kamu sebenarnya boleh tampil hebat dengan telefon pintar pada harga bajet yang kuasanya setaraf telefon pintar mahal? Nah… perkenalkan Neffos C9!
Mengambil kata-kata Neffos C9 “Beauty without Boundaries”, ternyata telefon pintar ini bikin para gadis yang suka bergambar puas hati!. Kenapa penulis kata begitu, di bawah Wanista senaraikan kelebihan Neffos C9 sehingga ramai terpikat dengannya!
Kamera Lebih Baik Dan Terlalu Cantik
Tanyalah mana-mana wanita, kamera sangat penting bila menukar telefon pintar. Dengan kehadiran kamera depan dan belakang yang maju, pengalaman mengambil gambar yang cantik boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dengan mudah.
Neffos C9 didatangkan dengan 8MP Softlight Camera di bahagian depan, hal ini membolehkan anda menangkap gambar dengan jelas dan langsung tidak pecah walau di-zoom. Lensa kamera belakang menawarkan sehingga 84 darjah lebih luas, memberikan anda pilihan terbaik untuk menangkap gambar sekeliling. Neffos C9 juga dilengkapi dengan fungsi 10-Level Real-Time Beautify untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan pada gambar. Dan dengan sistem auto fokus lensa 13 MP, Neffos C9 dapat menangkap gambar dengan lebih sharp dan terperinci, dari siang hingga malam tanpa mengorbankan kualiti imej.
Senang cerita, baik kamera depan atau belakang, gambar yang dihasilkan Neffos C9 sangat cantik sampai tak perlu edit!
Pengalaman Video Lagi Syok
Anda gemar bermain Instagram, melayari Youtube atau berseronok dengan permainan video seperti PUBG bila ada masa terluang? Penulis memang syorkan Neffos C9. Lagi pula dengan paparan Full-View menjadikan pengalaman melakukan aktiviti kegemaran dengan begitu puas, ditambah lagi resolusi HD + yang mengagumkan.
Bateri Tahan Lama Puas Hati
Bila dah bermain satu hari, bagaimana pula dengan bateri? Neffos C9 dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi yang dipasangkan dengan pemprosesan 64-bit quad-core efisyen tanpa menjejaskan kelajuan. Kapasiti bateri micro-usb yang dicas dengan cepat sebanyak 3840 mAH. Ini menjadikan bateri telefon pintar Neffos C9 adalah yang paling mantap untuk peranti bajet sebegini!
Dah jatuh cinta? Neffos C9 ini memang sesuai dijadikan telefon peribadi mahupun diberikan sebagai hadiah buat yang tercinta kerana harganya tersangatlah murah.
Ya, harga Neffos C9 memang sudah terlalu murah nak dibandingkan dengan peranti Android yang lain, tapi anda boleh dapat lagi murah jika dibeli ketika TARIKH ISTIMEWA ini.
Betul, penulis tak tipu… stor atas talian Shopee dan Lazada sepakat menawarkan deal paling eksklusif untuk Neffos C9 pada 10/10/2019. Di mana Lazada membuat potongan sebanyak RM100 dari harganya RM499 kepada RM399 sahaja manakala Shopee beri diskaun dari RM100 hingga RM150, Neffos C9 akan dijual pada harga RM349. Kalau nak, terjah pada 10/10/2019 ini, selama sehari anda boleh dapatkan harga semurah itu!
Inginkan lebih banyak tawaran menarik dari Neffos Malaysia atau mahu info lebih lanjut, pastikan korang Follow Neffos Malaysia di Instagram dan Facebook. Dorang ada lagi banyak benda-benda menarik untuk korang!
Jadi, rebut peluang ini sebelum menyesal tak sudah. Happy Shopping!