Review

3 Perkara Wanista Suka Tentang K-Drama Baru “When The Camellia Blooms”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
3 Perkara Wanista Suka Tentang K-Drama Baru “When The Camellia Blooms”

New k-drama in town!

IKLAN

Kali ini Wanista nak bercerita tentang satu lagi drama Korea yang baru sahaja memasuki Netflix Malaysia. Berjudul “When The Camellia Blooms” lakonan Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul sebagai tunjang utama.

Foto – Netflix

Melihat pada trailer, mungkin ada merasakan drama ini biasa sahaja jalan cerita dengan kisah rom-com, lebih-labih lagi Gong Hyo Jin memang terkenal dengan genre sebegitu. Tapi percayalah drama ini bukan biasa-biasa.

Foto – Netflix

Ini yang patut anda tahu sebelum tonton k-drama When The Camellia Blooms:

#1 Kisah Ibu Tunggal Dan Seorang Anak Kecil

Ini cerita mengenai ibu tunggal dan bagaimana dia berjuang untuk meneruskan kehidupan untuk kesenangan diri dan anak. When The Camellia Blooms dibintangi Gong Hyo Jin sebagai Dongbaek, seorang pemilik sebuah bar bernama Camellia di sebuah bandar kecil yang terpinggir. Walaupun terdapat prasangka masyarakat terhadap Dongbaek selepas dia pindah ke bandar kecil itu, tetapi ternyata Dongbaek seorang yang baik hati dan mesra, bahkan menjadi kegilaan kaum lelaki kerana kecantikannya.

Foto – Soompi

#2 Kemunculan Semula Kang Ha Neul Selepas Keluar Latihan Ketenteraan

Selepas hampir dua tahun hilang dari radar lakonan, aktor berbakat besar Kang Ha Neul akhirnya membuat comeback. Drama drama ini, dia memainkan persan  seorang pegawai polis bernama Hwang Yongsik yang jatuh hati dengan Dongbaek. Melihat pada trailer, Yongsik seorang yang lurus bendul dan mengalami masalah komunikasi – sedikit gagap bila bercakap tapi masih mencuit hati.

Foto – Netflix

#3 Elemen Thriller Dan Misteri

Rata-rata penonton yang sudah menonton beberapa episod terkejut dengan plot cerita yang tidak dijangka. Trailer memfokuskan pada kisah percintaan antara lelaki muda dan wanita tua tetapi siapa sangka bila sudah menonton sendiri drama ada diselitkan misteri pada watak serta bandar tersebut.

Jangan tak tahu, drama ini ditulis oleh Im Sang Choon, penulis yang bertanggungjawab untuk drama Fight For My Way. Jadi, confirm menarik sehingga ke akhir.

Menurut laporan Soompi dan Nielsen Korea, When The Camellia Blooms mencatatkan tontonan yang ramai – 8.6 penonton pada separuh pertama dan 10% pada separuh kedua!

IKLAN

Hebatkan? Nak tonton, ada di Netflix.