China sekali lagi membuatkan mata seluruh dunia terpegun dan tergamam dengan penghasilan ciptaannya. Fenomena ‘yang paling terbesar di dunia’ sering merujuk kepada negara populasi terbesar itu. Apa tidaknya, China kini semakin sayap dalam pelbagai sektor terpenting di dunia antaranya penerbangan, pelaburan, perdagangan, sains teknologi, perubatan dan pelbagai sektor lain lagi.
Menariknya, boleh di kata hampir semua sektor yang China masuki pasti akan memberikan berita tergempar dan sekaligus membuatkan seluruh dunia terpegun dan kagum dengan kebolehan yang di miliki oleh negara China.
Lapangan Terbang Bintang Laut Terbesar!
Terbaru di Beijing, China mengumumkan terminal lapangan terbang terbesar di dunia telah siap di bina. Lapangan kedua ini di beri nama ‘Daxing International Airport’ dengan nama timangan ‘starfish airport’. Lapangan terbang ini di bina untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di bandaraya China dan di jangkakan pada tahun 2025, terminal ini akan menampung lebih dari 72 juta pengunjung. Wow, bukan sembarangan jumlah tampungan pegunjung yang bakal mengunjungi terminal ini.
Kemudahan Pengangkutan Awam
Terminal lapangan terbaru ini terletak 46km arah selatan daripada bandar utama Beijing. Bukan itu sahaja terdapat pengangkutan lain yang menghubungkan terminal ini ke bandar utama di Beijing seperti kereta api laju ekspres dan kereta api tempatan.
Dengan adanya pengangkutan awam yang menghubungkan ke terminal terbesar dunia ini, pastinya tahap ekonomi di daerah yang berdekatan dengan Beijing seperti Tianjin dan Hebei akan meningkat naik secara mendadak dek kerana pusat pengangkutan yang mudah dan sistematik untuk ke lapangan terbang baharu ini.
4 Tahun, Akhirnya Siap Bina!
Lapangan terbang starfish atau bintang laut ini di katakan bakal memberi perkhidmatan kepada 100 juta penumpang setiap tahun di masa akan datang. Terminal ini telah siap di bina sepenuhnya pada 13 Jun 2019, empat tahun selepas proses pecah tanah di lakukan.
Di dalam terminal ini memiliki empat tingkat yang di reka secara khas untuk mengasingkan dan memudahkan perjalanan dan ketibaan para pengembara. Bukan itu saja, di dalam terminal ini juga memiliki kafe dan pusat membeli-belah yang mewah yang pastinya akan menarik perhatian dan tumpuan para pelancong.
Struktur Seni Bina Yang Memukau!
Daxing International Airport ini memiliki lima taman tradisional china pada setiap penghujung ruang dewan untuk para pengembara menikmati waktu yang tenang dan santai di situ. Struktur binaan terminal lapangan terbang ini mempamerkan prinsip garisan dalam rekaan seni bina tradisional china dengan penghasilan halaman di bahagian tengah terminal.
Bukan itu saja, setiap aspek seni bina yang di hasilkan memberi keutamaan kepada pengembara untuk mudah sampai ke terminal kapal terbang dengan jarak berjalan kaki yang terdekat untuk sampai ke kawasan terminal.
Selain itu, terminal ini juga menggunakan sistem mengumpul air hujan, di mana sistem pengurusan air ini akan di salurkan ke ruang simpanan semula jadi. Bukan itu saja menerusi sistem pengurusan air ini, air yang di salurkan akan di tapis dari aksi kimia sehingga 2.8 juta meter padu air di kawasan tanah basah, tasik dan air sungai untuk mengelakkan berlakunya banjir dan sekaligus menangani masalah cuaca yang terlalu panas di mengikut perubahan musim.
Idea Seni Bina Yang Menakjubkan
Rekaan seni bina terminal lapangan terbang berbentuk bintang laut ini telah di reka oleh juru seni bina yang bernama Zaha Hadid, rekaan yang unik dengan pelbagai elemen seperti garisan tradisional china, ruang udara, bentuk tiang dan syiling geometri memberikan suasana dan perasaan yang luar biasa.
Melihat rekaan setiap sudut dalaman terminal ini memberikan perasaan yang memukau dan mengagumkan. Seolah-olah melihat terminal lapangan terbang masa hadapan yang sering di ceritakan dalam buku novel sains fiksyen!