Kecantikan

Koleksi Karl Lagerfeld x L’Oreal Paris Eksklusif Hanya Di Lazada Malaysia!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Koleksi Karl Lagerfeld x L’Oreal Paris Eksklusif Hanya Di Lazada Malaysia!

Jenama terkenal dunia L’Oreal cukup terkenal dengan penghasilan produk-produk kosmetik dan kecantikan di seantero dunia. Berkecimpung lebih dari 100 tahun dalam dunia kecantikan dan kini L’Oreal tampil dengan pelbagai produk baharu bersama kolaborasi jenama besar yang lain.

IKLAN

Pada tahun ini L’Oreal dan jenama terbaru Karl Lagerfeld berkolaborasi untuk menghasilkan produk kosmetik edisi terhad. Menerusi kolaborasi ini ‘Karl Lagerfeld x L’Oreal Paris Edisi Terhad’ akan di pasarkan menerusi stor dalam talian iaitu Lazada Malaysia.

Foto – British Vogue

Mengambil inspirasi minggu fesyen Paris, L’Oreal Paris akan melancarkan produk edisi terhad ini di LazMall pada 1 Oktober 2019 dan melakukan unboxing koleksi tersebut secara live streaming semasa minggu fesyen Paris tersebut.

Menerusi inovatif daripada Lazada pelanggan dapat melihat bahagian “See Now, Buy Now” di mana tutorial makeup akan di pancar secara live streaming dari Paris terus ke Malaysia menerusi aplikasi Lazada! Semasa livestream ini pelanggan dapat membeli produk-produk L’Oreal Paris yang trending tanpa perlu meninggalkan livestream tersebut.

Foto – costmart.ru

Bukan itu saja, Lazada juga menampilkan bahagian khas “My runway inspired look from Paris Fashion Week” yang menampilkan personaliti-personaliti kecantikan yang ternama yang memperlihatkan tutorial kecantikan dari personaliti kecantikan terkenal, program livestream ini juga menghimpunkan artis dan model luar dan dalam negara seperti Anzalna Nasir.

Foto – majalahpama.my

My runway inspired look from Paris Fashion Week Live Streaming

Anzalna Nasir, 29 September 2019 pada 8 malam waktu Malaysia

Untuk melihat tutorial Anzalna Nasir, pelanggan hanya perlu melihatnya di dalam aplikasi Lazada dan di dalam tersebut pelbagai keperluan yang di kehendaki akan memenuhi permintaan si pencinta kecantikan.

Lazada kini menghasilkan teknologi Augmented Reality (AR) yang di kenali sebagai “Magic Mirror” untuk pelanggan L’Oreal. Fungsi ini membolehkan pencinta kecantikan untuk mencuba pelbagai jenis kosmetik secara mudah di skrin telefon bimbit pintar!

IKLAN
Foto – shopzadaph.com

Tambahan lagi, baucer istimewa boleh di kutip semasa tutorial live streaming sedang berlangsung dan pelanggan dapat menebus baucer berkenaan semasa L’Oreal Paris Super Brand Day Sale di buat secara live di LazMall pada tengah malam pada 1 Oktober 2019 nanti.

Foto – Big Sale Malaysia

Antara Yang Utama Sempena L’Oreal Paris Super Brand Day (1 Oktober 2019)

  • Tonton tutorial makeup Minggu Fesyen Paris di aplikasi Lazada bersama Anzalna dan berpeluang memenangi baucer bernilai RM50.
  • Tawaran tengah malam sehingga 55% bersama baucer tambahan 20% bermula pada tengah malam sehingga 2 pagi.
  • Percuma 4 warna gincu Riche Mini dan 22ml Crystal Micro Essence dengan berbelanja secara minimum RM120, sementara stok masih ada.
  • Bermain LazGame untuk mendapatkan baucer bernilai sehingga RM50.
  • Lima individu yang berbelanja terbanyak akan berpeluang menerima bekalan makeup selama setahun secara percuma yang bernilai RM1,500 dengan minimum belanja RM200.

 Jadi ingat tarikh keramat di atas dan dapatkan pelbagai tawaran hebat dan murah menerusi aplikasi Lazada di telefon bimbit!