Hiburan

Sejak Bercerai, Miley Cyrus Dilihat Makin Kurus Dan Tak Sihat (Gambar)

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Sejak Bercerai, Miley Cyrus Dilihat Makin Kurus Dan Tak Sihat (Gambar)

Selepas memutuskan untuk bercerai dengan Liam Hemsworth, Miley Cyrus move on dengan segera bersama Kaitlynn Carter. Tetapi sayangnya, hubungan cinta di antara mereka tidak berkekalan apabila ada laporan mengatakan pasangan ini telah putus. Satu sumber menyatakan bahawa mereka masih mahu menjadi kawan baik walaupun tidak lagi bercinta.

IKLAN
Foto – Metro

Bayangkan bercerai dan putus dalam satu jangka masa yang dekat, ramai peminat bimbang melihat perubahan fizikal Miley yang dilihat semakin kurus sehingga menampakkan tulang, bahkan keadaannya nampak langsung tidak sihat.

Perubahan badan Miley Cyrus yang ekstrem dilihat melalui perkongsian gambar di Instagram. Dalam satu gambar Miley hanya memakai crop top dan short pants ketika menikmati percutian bersama keluarga di Zion National Park, Utah. Kerana memakai pakaian yang mendedahkan, setiap susuk tubuh Miley yang melidi kelihatan begitu jelas. Para peminat juga berasa bimbang apabila melihat perut, lengan, dan betis semakin kecil dan mengecut.

View this post on Instagram

IKLAN

Consistency 🧡

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

View this post on Instagram

Necessary Mom n Sister trip @brandicyrus @tishcyrus

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

Kesian pula tengok Miley sebegini, nampak dia tidak gembira seperti dahulu.. Miley take a break and rest!