Pasti ramai yang masih ingat lagi drama bersiri sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ yang pernah di tayangkan di TV3 pada tahun 2006 lalu. Drama bersiri ini merupakan drama sinetron dengan 108 episod di mainkan di kaca televisyen Malaysia. Jalan ceritanya yang bikin penonton tidak senang duduk dan geram membuatkan sinetron bersiri ini popular.
Malah barisan pelakon yang menjayakan drama bersiri ini seperti Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah, Revalina S.Temad sebagai Bawang Putih, Dimaz Andrean sebagai Ferdi dan ramai lagi barisan artis lain yang turut bekerja keras dalam menjayakan drama bersiri sinetron tersebut.
Menyentuh soal barisan pelakon utama drama bersiri ini, Nia Ramadhani si bawang merah menjadi perhatian sekarang ini kerana gaya serta penampilan fesyennya yang mencolok mata!
Fesyen Nia Ramadhani Yang Mencolok Mata
#1 Dress Putih Yang Pendek!
Nia Ramadhani mengenakan dress berwarna putih yang pendek dan singkat dengan tali selebar 2-3 inci di bahu. Dan di bahagian dada dress pendek tersebut terdapat lubang-lubang kecil yang memberikan perincian seksi! Oh, pakaian putih yang menawan ini di padankan dengan kasut bertumit tinggi dengan warna yang sama juga.
#2 Pesona Gelap Ala Devil-May-Care!
Gaun labuh berwarna hitam dengan potongan tepi dari paras paha ke bawah, membuatkan Nia Ramadhani kelihatan elegan serta memiliki aura misteri dan gelap ala devil-may-care gitu! Perincian di bahagian dada gaun dengan batu-batu hitam berkilat membuatkan Nia kelihatan seksi dan memukau. Di tambah pula dengan tali pinggang ala mahkota yang berwarna keemasan memberi aura royalty!
#3 Mommy Hot Dengan Short Dress Warna Biru!
Wah, keluar berjalan bersama keluarga, Nia tetap kelihatan seksi dan bergaya, lebih-lebih lagi dengan pemakaian short dress biru ini. Menampilkan badan Nia Ramadhani yang langsing dengan kaki yang panjang seperti model!
#4 Fantasia Gaun Labuh!
Meskipun dah ada tiga orang anak, Nia Ramadhani tetap kelihatan muda remaja! Pergi majlis kahwin dengan gaun labuh ini, membuatkan Nia seolah-olah berusia 20 tahun! Pemilihan pakaian gaun putih yang jarang dan samar-samar dari paras paha ke bawah memberikan elemen fantasia, elegan dan awet muda.
#5 Keep It Simple!
Berjalan-jalan santai di kota Los Angeles cukup hanya mengenakan top tank berwarna putih dan short jeans serta kasut sneaker. Simple is the best! Nia Ramadhani ni pakai apa pun tetap kelihatan seksi tau!
Di Sebalik Si Bawang Merah, Nia Ramadhani
Nia Ramadhani, ibu kepada tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra, Mainaka Zanatti dan Magika Zaladrie di lihat semakin jelita dan bahagia bersama anak-anak dan suami tersayang Anindra Ardiansyah Bakrie.
Sejak Nia Ramadhani berkahwin pada tahun 2010, perjalanan kerjaya seninya telah berkurangan dan memberi fokus utama kepada suami dan anak-anak.
Rindu Berlakon Tetapi Beri Keutamaan Kepada Keluarga
Meskipun Nia Ramadhani telah kurang menjalani aktiviti seni seperti berlakon drama dan filem. Nia masih lagi meneruskan aktiviti seperti menjadi pengacara program, seminggu sekali atau dua kali bersama sahabatnya Jessica Iskandar.
Walaupun Nia sudah lama tidak berlakon, dirinya masih lagi mendapat tawaran untuk berlakon filem. Malah sehingga hari ini Nia telah mendapat beberapa tawaran berlakon tetapi terpaksa menolak kerana memberi keutamaan terhadap keluarga. Pastinya ramai peminat Nia Ramadhani merindui untuk lihat Nia di pentas lakonan bukan?
Kerap Ulang Alik Amerika Dan Bandung
Sekarang ini, Nia sekeluarga kerap ulang-alik Amerika dan Bandung kerana keluarga mertua Nia kerap merindui cucu-cucunya. Bahkan anak-anak Nia Ramadhani sendiri merasakan Amerika dan Bandung tidak ada bezanya! Kerana keluarga mereka berada di kedua-dua negara tersebut.
Pernah Sesat Dalam Rumah?
Nia Ramadhani berkongsi ketika Nia dan suaminya sedang berpacaran, Nia melawat rumah suaminya buat pertama kali dan ketika hendak mencari jalan keluar, dirinya telah sesat kerana rumah tersebut terlalu besar dan luas! Dan setelah berkahwin bersama suaminya, Nia telah hafal dan ingat semua jalan dan tempat di dalam rumah agam tersebut! Memang besar betul rumah sampai boleh sesat.
Apa-apa pun di harap, suatu hari nanti Nia akan kembali ke pentas lakonan dan bawakan watak-watak yang lebih hebat lagi. Dan tetap bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang!