Fesyen

ASICS Malaysia Jadikan Nasi Lemak Sebagai Inspirasi, Hasil Kasut Edisi Terhad

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
ASICS Malaysia Jadikan Nasi Lemak Sebagai Inspirasi, Hasil Kasut Edisi Terhad

ASICS Malaysia kini tampil dengan rekaan kasut yang lebih unik dan segar, mengambil inspirasi daripada nasi lemak untuk hasilkan ‘Kasut Nasi Lemak’ edisi terhad sempena program SNEAKERLAH yang bakal berlangsung pada 5-6 Oktober 2019 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC).

IKLAN

Asics Malaysia hasilkan kasut nasi lemak edisi terhad yang di kenali GEL-KAYANO 5 OG, kasut sneakers ini memberikan vibe lokal dengan menjadikan nasi lemak iaitu makanan ikonik rakyat Malaysia fokus utama dalam menghasilkan kasut edisi terhad ini.

Foto – ASICS Malaysia
Foto – ASICS Malaysia

Kasut nasi lemak ini menampilkan warna-warna daripada nasi lemak yang terang dan unik seperti warna putih melambangkan nasi lemak putih yang penuh dengan rasa lemak santan, warna hijau melambangkan timun, warna kuning melambangkan kuning telur rebus, warna coklat pula melambangkan warna kacang dan ikan bilis manakala warna merah melambangkan sambal nasi lemak.

Foto – ASICS Malaysia
Foto – ASICS Malaysia

Menerusi kasut ini, Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik berhasrat inspirasi yang diambil bagi menghasilkan kasut ini dapat menyatu padukan semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan menyebarkan rasa cinta di seantero dunia.

Foto – ASICS Malaysia

GEL-KAYANO 5 OG ‘Kasut Nasi Lemak’ ini akan dijual pada harga RM599, dan boleh didapati secara eksklusif di acara SNEAKERLAH 2019. Kasut ini hanya di keluarkan sebanyak 500 pasang sahaja, bagi yang ingin dapatkannya terma “siapa cepat, dia dapat” digunakan di acara terbesar tersebut.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang program SNEAKERLAH, layari laman web Sneakerlah [SINI] dan beli tiket dengan harga murah secara pra-jualan dengan segera.