Info Menarik

Vagina Bible 101 – G-Spot Hanya Mitos Dan Tidak Wujud Pun!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Vagina Bible 101 – G-Spot Hanya Mitos Dan Tidak Wujud Pun!

Di alam rumah tangga, aktiviti seksual yang sihat akan membuatkan kehidupan peribadi menjadi lebih berkualiti dan lebih bermakna. Menyentuh tentang seksual atau aktiviti seks dalam kehidupan berpasangan, Pastinya perkataan ‘G-Spot’ sering bermain di bibir mulut dan di minda bukan.

IKLAN

Tapi betul ke G-spot itu benar-benar wujud atau ianya hanya mitos semata. Dan apa pula pandangan serta kajian pakar tentang konsep G-spot ini. Ketahui semuanya di bawah!

Apa Itu G-Spot?

Konsep mengenai G-spot adalah ia diklasifikasikan sebuah zon nikmat yang terletak dua inci di dalam bahagian pintu depan vagina. Kawasan tersebut terdapat kelenjar paraurethral yang merupakan sel tisu yang bersaiz kacang.

Foto – johnqcookmd.com

Pada tahun 1950 penyelidik daripada German, Ernst Grafenberg mengeluarkan kertas kajian yang bertajuk “The Role of the Urethra in Female Orgasm”. Ernst berdebat tentang bahagian yang terdapat dalam urethra wanita di mana pundi kencing mengeluarkan air kencing terdapat ‘zon erotik’ yang dapat membantu wanita untuk mengecapi organisma jika di stimulasi.

Jika bahagian tersebut di stimulasi menerusi jari atau alat kelamin lelaki ia akan membuatkan wanita mengecapi organisma. Apabila bahagian tersebut di stimulasi ia akan membuatkan G-spot menjadi tegang, kasar dan saiznya berkembang.

Misi Mencari G-Spot

Foto – Cosmopolitan

Misteri tentang G-spot ini sering menjadi bualan di kalangan pasangan dan untuk mencari zon nikmat ini, foreplay perlu di lakukan dengan memasukkan jari ke dalam vagina dan mula mencari kawasan yang agak kasar dari dinding vagina.

Foreplay penting untuk membuatkan wanita menjadi lebih sensitif, manakal ada juga segelintir wanita yang kurang menyukai foreplay tetapi menikmati stimulasi semasa bersetubuh.

Kajian Kata G-Spot Ni Tak Wujud

G-spot atau G-spotless? Menurut gynecologist dan penulis buku “The Vagina Bible” Dr. Jen Gunter menyatakan bahawa kajian terkini berpendapat bahawa G-spot sebenarnya tidak wujud. Dan jika ia wujud, mencari G-Spot ini membahayakan untuk mengecap organisma kerana nikmat seksual itu lebih rumit dan bukan semata-mata menyentuh salah satu anggota badan sahaja.

Foto – self.com

Konsep yang dikongsikan oleh penyelidik daripada German iaitu Ernst Grafenberg salah faham terhadap anggota sulit wanita. Bahagian paling bawah vagina yang dekat dengan urethra adalah clitoris, clitoris apabila di rangsang akan membuatkan wanita berada dalam zon seksual.

IKLAN

Pasangan yang mempercayai clitoris merupakan butang nikmat yang merangsang kepada G-spot, dan membuatkan wanita dan lelaki mempercayai jika wanita tidak boleh di rangsang menerusi stimulasi G-spot ini bermakna tubuh ada yang tidak kena pada tubuh wanita tersebut.

Clitoris Zon Nikmat Organisma Wanita

Ujian ultrasound yang dilakukan ke atas clitoris semasa onani dan juga penembusan faraj ia menunjukan kedua-dua aktiviti membuatkan clitoris menjadi membengkak. Ini bermakna pelbagai variasi aktiviti seksual yang merangsang yang melibatkan fizikal sama ada menyentuh clitoris atau tidak, otak tetap akan menghantar isyarat mesej nikmat kepada clitoris.

Foto – huffingtonpost.ca

Dengan erti kata lain, tidak kira apa pun aktiviti seksual yang di lakukan ia akan menghantar mesej kenikmatan kepada clitoris.

Konklusinya konsep G-spot ini memegang kunci tentang kesempurnaan wanita mengecapi organisma adalah tidak benar dan menunjukan bahawa masyarakat memiliki pandangan dan jangkaan yang tidak adil terhadap konsep kenikmataan bagi wanita.

Sumber – YouTube

Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh memberi kenikmatan kepada wanita dan ianya tidak terhad terhadap vagina sahaja. Seperti contoh bahagian puting, perut, peha, bahagian dubur dapat memberi rasa sensual dan nikmat organisma kepada wanita.

Paling penting adalah peranan otak dalam menghantar mesej dan isyarat nikmat kepada anggota badan wanita tanpa isyarat yang di hantar, tubuh badan tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dan merasai sentuhan sensual tersebut.

Apa-apa pun nikmati gaya hidup seksual yang sihat agar hidup menjadi lebih berkualiti dan ceria. Tidak kira G-spot itu wujud atau tidak, apa yang penting kamu serta pasangan sama-sama menikmati saat-saat indah tersebut dengan bahagia.