Kecantikan

Idam Muka Putih Pink, Cuba Produk Baru innisfree Jeju Cherry Blossom

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Idam Muka Putih Pink, Cuba Produk Baru innisfree Jeju Cherry Blossom

Tanyalah setiap wanita, kulit muka cerah ala-ala ‘pinkish’ menjadi idaman mereka. Kulit seperti Uqasha Senrose, Janna Nick, Fazura – kesemuanya putih pink bikin setiap wanita cemburu.

IKLAN

Nak melakukan rawatan facial laser mungkin tidak mampu, jadi untuk merealisasikan impian, produk baharu kelahiran innisfree ada jawapannya.

Foto – Facebook innisfree Malaysia

innisfree Jeju Cherry Blossom

innisfree melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang terbaru, #JejuCherryBlossom, untuk mencerahkan dan menghidratkan kulit supaya wajah lebih lembap dan bersinar.

innisfree memperkenalkan empat produk terbaru dalam rangkaian #JejuCherryBlossom iaitu Jeju Cherry Blossom Tone-up Cream, Jeju Cherry Blossom Jelly Cream, Jeju Cherry Blossom Lotion dan Jeju Cherry Blossom Skin, yang kesemuanya dihasilkan dengan esktrak Jeju cherry leaf dan Betaine semulajadi untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah, lembap dan lembut.

Rangkaian innisfree Jeju Cherry Blossom.

Bermula dari RM 65, pengguna boleh membeli produk-produk baru ini di semua kedai innisfree di seluruh negara.

Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up

Bersempena dengan pelancaran rangkaian yang baru ini, innisfree menjemput inni-friends dan penggemar produk kecantikan untuk hadir ke Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up yang akan diadakan di beberapa lokasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang bermula dari 17 September hingga 6 Oktober 2019.

Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up

Nak tahu di mana lokasinya, semak Facebook innisfree Malaysia untuk butiran lanjut.

IKLAN