Sneakerlah merupakan program tentang gaya hidup peminat sneakers terbesar di Malaysia. Program Sneakerlah untuk musim kelima kali ini di bawa oleh U Mobile. Program yang julung-julung kali di adakan ini, pastinya akan menarik minat pengumpul kasut sneaker, pencinta fesyen, penjual kasut dan sebagainya di himpunkan di bawah satu bumbung yang sama.
Menerusi program Sneakerlah ini peminat dapat menemui, menyelongkar, membeli, menjual dan berkongsi terhadap minat yang sama mengenai kasut sneakers dan pemakaian yang berkaitan dengannya.
Sempena sambutan edisi kelima tahun ini, program Sneakerlah akan menganjurkan programnya yang bertempat di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada 5-6 Oktober 2019. Program ini telah berkembang secara meluas sejak ia pertama kali di anjurkan pada tahun 2015 dengan lebih daripada 17,000 pengunjung yang hadir.
Dan pada tahun lepas program Sneakerlah telah mendapat kunjungan lebih daripada 32,000 dan di jangkakan akan lebih ramai pengunjung yang bakal menghadiri program Sneakerlah pada tahun ini di MVEC.
Program terbesar ini ditaja oleh U Mobile, sebuah syarikat telekomunikasi dengan objektif ingin membawa pelanggan mereka lebih dekat dengan minat mereka dan sekaligus mempamerkan potensi tanpa had.
Pengasas Sneakerlah, Bryan Chin berharap menerusi program ini, ia akan terus berkembang bukan sahaja di dalam negara tetapi sehingga di luar negara dan menjadi salah satu nama besar dengan memberi yang terbaik kepada peminat sneaker.
Antara Yang Menarik!
Rudy Artisan Kasut Sneakers
Menariknya untuk pameran kasut sneakers tahun ini menampilkan artisan kasut sneaker dari Korea Selatan iaitu Rudy. Rudy merupakan seorang pakar yang mahir dalam menghasilkan kasut sneaker dan kasut-kasut yang dihasilkan mendapat jolokan “Exploding Sneaker”. Untuk pameran sneakers edisi kelima ini, Rudy bakal memperlihatkan kemahirannya menghasilkan kasut sneaker secara live semasa program berlangsung nanti.
Brendan Dunne & Matt Welty Dari Full Size Run Talk Show
Bukan itu saja, pada program terbesar ini juga tetamu istimewa seperti Brendan Dunne dan Matt Welty daripada talk show kasut sneakers terkenal ‘Full Size Run’ akan membuat kemunculan untuk dua hari program Sneakerlah ini berlangsung. Kehadiran mereka di bawa khas oleh U Mobile, sememangnya kuasa di hujung jari!
Asics Lancar Kasut Sneakers Edisi Terhad
Bagi peminat sneakers, bersiap sedia dengan wang di poket kerana Asics akan melancarkan kasut edisi terdahnya Gel Kayano 5 OG dengan warna-warni istimewa Nasi Lemak dan kasut sneakers ini hanya boleh didapati semasa program Sneakerlah sahaja. Tambahan lagi kasut sneakers ini juga memiliki kuantiti yang terhad, jadi siapa yang cepat dia dapat.
Pelbagai nama-nama besar yang bakal turut serta dalam memeriahkan lagi program Sneakerlah ini seperti Revenge x Storm yang merupakan jenama sukan yang terkenal di dunia antaranya New Balance. Carhatt WIP dan jenama pakaian LA yang berpusat di Chinatown juga akan membuat kolaborasi eksklusif sneakerlah collab t-shirt dan pelbagai jenama-jenama besar yang lain turut mengambil bahagian di Sneakerlah tahun ini.
Persembahan Dari Artis & DJ Terkenal
Untuk menyemarakkan lagi program yang bakal kunjung tiba pada bulan awal Oktober ini, Sneakerlah akan di meriahkan dengan persembahan daripada artis-artis dan dj yang terkenal seperti DJ Melissa Jo, Ashley Lau, Aida dan Naufal untuk hari pertama. Dan pada hari kedua pula, pentas akan di meriahkan dengan persembahan kolaborasi daripada Reddi Rocket ft Lunadira, DJ Biggie ft Kidd Santhe dan Airlift x Senna.
Berpeluang bawa Pulang Hadiah Cabutan Bertuah Yang Mahal!
Sepanjang program dua hari yang bakal berlangsung nanti, Sneakerlah akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan fesyen, pertandingan dan cabutan bertuah. Cabutan bertuah daripada Madecurate x Hype bakal menampilkan kasut sneaker yang unik dan istimewa untuk di bawa pulang!
Antaranya, kasut sneaker Nike Mag (daripada filem Back To The Future) yang bernilai RM50,000, kasut sneaker Carhartt x Eminem Air Jordan 4 Retro yang bernilai RM55,000 dan kaust sneaker Undefeated Air Jordan 4 Retro yang bernilai RM95,000 dan keseluruhan hadiah-hadiah cabutan istimewa daripada Madecurate x Hype ini bernilai lebih daripada RM230,000.
Tiket masuk untuk program Sneakerlah ini boleh di dapati menerusi laman web Sneakerlah untuk mendapatkan pra-jualan awal pada harga RM20. Bagi yang ingin mendapatkan tiket di pintu masuk ia akan dijual pada harga RM30 dan manakala tiket VIP pula dijual pada harga RM70. Tiket VIP akan mendapat lanyard sneakerlah bernilai RM30, hak eksklusif kemasukan awal dua jam sebelum program bermula dan berpeluang mendapatkan tawaran hebat!
Setiap pemegang tiket akan berpeluang untuk memenangi kasut sneakers dan pelbagai hadiah lain untuk program cabutan bertuah sepanjang dua hari program berlangsung.